Monday, August 23

wanita itu complicated~

omputih ckp complicated..ommelayu ckp payah tol nak paham..orang lelaki selalu ckp,wanita ni susah nak faham dorang..tak tahu apa yg dorang pikir...tak tahu apa yg dorang nak..tak tahu apa yg dorg rs..pendek kata,wanita ni susah tolla..sket2 nk terasa..sket2 nak merajuk..sket2 nak nanges...tapi betoi ka wanita ni sukar utk difahami & dimengertikan??

setahu aku, lelaki ni lagilah susah nak paham..am i right ladies???kompemla semua pompuan setuju ngn aku..hihihihi..kitorg pon sbnrnya tak berapa paham laki nih..suka sgt cakap belit2..suka sgt menipu...suka sgt nak selindung2..suka sgt berahsia..suka sgt melayan...itu lagilah complicated..bila aku argue benda2 nih dengan kawan2 laki aku,dorang ckp dorang buat benda2 tu semua sbb nak jaga hati pompuan yg dorang syg gak..betoi ka??klu tak kantoi,xpala..klu kantoi?jaga hati menda..meraung lagik adala pompuan tu..


nampak sgt laki tak paham pompuan..pompuan pon tak paham laki..even dorang da kawen berpuluh2 tahun pon,still gaduh benda yg sama gak..so,kat sini, aku nak kongsi dgn korang yang wanita ni ada 4 jenis: api, tanah angin dan air mengikut zodiak kelahiran..just for fun ok..jgnla pasni ada yang sound,karutla zodiak2 ni..takmo caya sudah..nak caya pon,tak efek apa2 pon kan??nway,camna nak kenal wanita & apa sifat-sifat wanita ikot kategori nih?

WANITA API
Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember)

*Dilahirkan sebagai pemimpin

*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.

*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.

*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.

*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.

*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.

*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
WANITA TANAH
Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari)

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.

*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.

*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.

*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.

*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
WANITA ANGIN
Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari)

*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.

*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.

*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.

*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.

*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.

*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.

*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
WANITA AIR
Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.

*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.

*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.

amacam?ada yang sama tak dgn korang?sbg wanita angin,aku rs betoi ja dia ckp tuh..benda2 remeh ni malas aku nak layan..benda2 detail pon aku tak layan sgt,tp pendam ja la..apa2 pon,yg mana kita rs agak kekurangan atau sifat yg tak berapa best tuh,mehla kita bersama2 baikinya,ok???

"Never give up on something that you can't go a day without thinking about."

2 comments:

Mommy Ryan said...

tanah ke ai...hm...

Anonymous said...

euuwww..i rs u cam api..hahahahaha....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

::smile:::