Sunday, November 7

anak emak~

balek ja keja,mesti aku bukak komputer kesayangan aku nih..sampai mak aku cakap,rindukan komputer lebih dari rindukan dia..kehkehkeh..so,bila dah bukak komputer tuh,kompemla aku bukak fesbuk dulu..tgk notification yang terkini..maklumla,orang bajet glemer ni..dalam dok sebok menyemak aliran keluar masuk komen aku & kawan aku dalam fesbuk,tetiba adala sorang kawan aku,buzz aku.. itu yang bestnya fesbuk nih..chatting pon bleh..sambung crita yang kawan aku buzz aku tuh..so,macam-macam la kitorang dah borak..dari hal-hal berkaitan baju, kasut, beg, kawan opis, gosip ayu raudhah & zaquan sampaila ke pakwe dia nih..itu la yang kemuncak nya pon kan??pompuan ni,klu sembang,tak ke mana punya..mesti selit hal-hal lelaki..tak yah la korang buat-buat tak ngaku..kehkehkeh...kawan aku ni dah mengadu something pasal pakwe dia..dia cakap:


"aku nyampah tol pakwe aku tuh..semua benda nak cerita kat mak dia.."


"dia cerita apa kat mak dia?"


"ada ka patot dia cakap kat mak dia,aku nak makan sireh bertemu urat sebab nak cepat-cepat kawen ngan dia..ngek tol!"


"kahkahkah..ini mesti kes ko baca blog aku eh?"


"yela..mana lah tau,makan sireh tu leh kawen cepat..aku saja ja cakap kat dia nak makan..alih-alih dia gi report kat mak dia.."


"haha..pakwe ko ni,mesti anak mak kan?"

anak mak~memang semua benda dorang nak cerita kat mak dorang..mak dorang ni,lebih kurang cam diari peribadi dorang la..semua benda pasal dia, mak akan tau..contoh,dari hal-hal apa dorang makan,apa dorang pakai,siapa yang dorang jumpa hari tu,sapa yang dorang suka,dorang gaduh ngan awek, etc..pendek cerita luar dalam lah dorang ngadu kat mak dorang..manja kan??klu tak, takda orang keluar statement,kalau nak anak, tackle maknya dulu kan??hehe..


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
sapa yang tak tertarik klu lelaki tu berbudi bahasa, penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggung jawab, ikhlas & jujur kan??selalunya,ciri-ciri lelaki camni,mak dorang la yang dah didik dorang..dalam erti kata yang laen,kompem dorang ni mommy's boy..kehkehkeh..aku ada baca satu blog ni..dia cakap,menurut Kaunselor Berdaftar Universiti Malaya,Hushim Salleh :

" ‘anak emak’ boleh mendatangkan kesan positif apabila anak berkenaan mengambil berat dan menghormati ibunya itu, sesuai zahirnya yang perlu bertanggungjawab menjaga ibu apatah lagi sekiranya ketika itu beliau masih belum mendirikan rumah tangga. Ia mungkin bukan masalah apabila lelaki masih lagi bujang, bagaimanapun, konsep ‘anak emak’ boleh mendatangkan kesan negatif dan konflik boleh terjadi apabila anak berkenaan sudah menjengah alam rumahtangga dan menjadi seorang suami ‘anak emak’ kepada seorang wanita. "

korang paham tak?maksudnya,memangla anak emak ni bagus..tapi kekadang boleh mendatangkan masalah kalau dorang terlampau melebihkan mak dorang especially bila dah kawen..aku pon ada sorang kawan lelaki yang memang kategori anak mak tegar ni..penah jugak aku tanya kat dia:

"ko dok crita semua benda kat mak ko ka?"

"ha'ah..knapa?ko tak crita ka kat mak ko?"

"aku?jangan harap lah..malu beb.."

kawan aku ni ckp,dia selesa berkongsi dengan mak dia..sampaikan aku ni pon,mak dia kenal..punya dasat tak dasat dia bleh crita pasal kawan-kawan biasa kat mak dia..berdasarkan pemerhatian aku,anak mak ni memang manja..kekadang cakap dengan pompuan pon,lembut ja..mungkin sebab dorang lebih memahami perempuan bila rapat dengan mak ni..sembang la apa-apa pon dengan dorang,dorang memang leh masuk..sebab tak nak syok sendirik tulis pasal anak mak ni,aku tanya gak kawan-kawan aku..apa yang dorang tau pasal anak mak nih..

"klu ko nak tau,anak mak ni bukan reti nak beli baju sendiri..semua harap mak..ntah-ntah,yang dalam-dalam pon mak yang beli.."

"anak mak ni sensitif la..cam pakwe aku..nyampah gak kekadang tuh.."

"adik laki aku tu,anak mak la..semua benda nak kena dapatkan kebenaran mak aku,baru dia buat..kekadang mak aku yang kena buat decision untuk dia.."

"anak mak ni yang pasti,dia bukan mak nyah.."

erkk~apa kaitan anak mak ngan mak nyah ni kawan..hahaha..lawak tol korang nih..apa-apa pon pendapat korang pasal anak mak,bagi aku, itu pendapat individu la kan..tapi bab-bab mak dia yang kena buat decision tu,aku agak sokong..sebab rata-rata yang aku jumpa anak mak ni,memang tak berapa confident nak buat keputusan sendiri..especially dalam bab-bab mencari jodoh nih..konon takot mak tak suka la,mak tak bagi la,itula..inila..padahal,belum cuba belum tau kan??ntah-ntah,mak dia relek ja..kadang-kadang, bahaya gak dengan anak mak ni..tetambah klu dia tu anak lelaki tunggal or anak bongsu..ikot ja apa mak dorang cakap..mak cakap A,dorang pon mesti A jugak..kiranya,klu anasir luar nak mencelah @ mempengaruhi anak mak ni,memang susah..sebab kat jiwa dia ada mak dia ja kot..so, memang tak mustahil la sesapa nak kat dorang ni akan selalu termakan hati..itu pendapat peribadi aku berdasarkan pemerhatian aku la..bagi aku, anak mak camna pon korang nih,pepandaila korang bahagikan kasih sayang korang antara mak korang dengan isteri @ awek korang naa..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
tapi,sapa cakap jadik anak mak ni tak elok??elok apa..macam adik aku tuh..sampai sekarang nak tido ngan mak..kamcing tak kamcing dia ngan mak aku??hehe..kekadang tu nyampah tgk..dah besar-besar pon nak manja lagi..tapi nak buat camna kan???mak pon memang manjakan dia..walopon anak mak ni orang selalu cakap bucuk-bucuk mak la, suka bercerita dengan mak la, keperluan asas mak kena sediakan la,keputusan pon mak kena buat la, terlalu mendengar cakap mak la, tak berdikarila dan macam-macam lagi..tapi bagi aku & mungkin korang yang laen, anak mak ni memang antara kawan lelaki yang baek untuk pompuan..tak bermaksud dia lembut auw-auw tu, tapi anak mak ni memang agak memahami hati pompuan..dorang ni jarang nak buat jahat sebab apa-apa dorang buat, mesti pikir mak dorang dulu..so, kepada kaum wanita yang memang 'berkawan rapat' dengan anak mak ni, korang kenala bersabar klu apa-apa hal pasal dia or korang, dia mintak pendapat & pandangan mak dia dulu..korang dah jatuh nombor 2..nak buat camna kan??


tapi, klu korang masih blur-blur samada korang ni anak mak ka tak bila baca entry aku ni, berdasarkan pemerhatian aku,tanda-tanda yang korang ni anak mak:

::satu::
korang rapat gilerr dgn mak compared to bapak korang

::dua::
semua benda korang crita kat mak dari hal kecik-kecik sampaila yang besar-besar..sket pon tak simpan

::tiga::
korang spesis yang terlalu bergantung pada mak..sampaikan calon bini pon nak 100% sejibik cam mak korang

::empat::
korang ni tergolong dalam golongan lelaki yang agak sensitif..sket-sket mintak pendapat mak

::lima::
tak gelabah sangat nak kawen sebab korang ada mak yang leh jaga korang better dari bakal bini korang

::enam::
melebihkan mak korang dalam segala hal sampai bini or awek korang terasa hati..

kesimpulannya, sinonimnya, anak mak ni dikaitkan dengan lelaki..selalunya,pompuan ni memang dah manja ngan mak dorang..so,orang tak heran sangat klu dorang rapat dengan mak..kategori mana pon korang,samada anak mak, anak ayah or anak sesapa, aku tau, korang semua sayang mak & ayah korang kan??walopon korang pon kaki bantah cam aku...hehehe...tapi, sayang camna pon korang kan mak & ayah korang, aku harap korang pandai-pandai manage especially bila korang dah kawen..jangan berat sebelah ok...:))

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

::smile:::