Monday, July 11

sejuta cinta MARLYSA~

ini adalah kisah aku sendiri..kisah antara aku dan dia..kisah antara MARLYSA HELDA dan dot dot dot, yang aku gelarkan dua bulan..pengakuan berani mati aku kan?dua bulan,orang yang pertama berjaya bukak hati aku berdoa dekat Allah S.W.T supaya dia adalah jodoh yang terbaek untuk aku..pro tak dia? =) ala-ala lagu kak Fauziah Latiff, Dia..


Dia insan pertama yang bertakhta

Dia insan pertama yang ku cinta

Dia pernah membuat ku bahagia

Dia yang mengajarku

Tentang erti rindu...


Meletop kan?haha..bila aku ingat balek,macam mana kitorang boleh kenal,senyum sorang-sorang aku dibuatnya..karakter kitorang bagai langit dan bumi..sorang terlebih ramah,sorang terlebih diam..sorang tak tau malu,sorang pemalu sangat-sangat..sorang suka bergurau,yang sorang tu serius banget loh..


walaupon aku nampak macam tak tau malu,tapi bab-bab cinta ni, aku intai dalam rahsia je..malu beb kalau orang laen tau..nak plak dua bulan ni bukan jenis sekepala dengan aku..kalau nampak dia je,macam nak letup jantung aku,tapi tahan je..berlagak cool je depan dia..buat-buat takde perasaan..sampailah satu masa,aku dengan dua bulan ditakdir jadi makin rapat..baik dari segi hubungan kawan mahupun hati..sampailah bila dua bulan cakap parent dia nak orang dekat sebagai calon menantu dorang,aku sebak semacam je..dan masa tu lah aku dah tau aku dah tangkap leleh abes kat dia..tapi nak buat macam mana kan?restu mak bapak penting kalau nak jalin hubungan lagi serius..am i being too serious here?well,bab hati beb..hati..jiwa..tetiba rasa cam terserius..hahaha..

ok,sambung cerita..ketentuan Allah,ikatan hati antara kitorang makin kuat..dari hari-ke hari aku makin kenal siapa dua bulan ni..camtu gak dia..makin lama dia makin kenal siapa Marlysa Helda ni..surprisingly, aku yang kurang sabar dan cepat marah ni,bila dengan dua bulan, sifat-sifat tu jadik kurang..aku penah cakap dekat dua bulan,ada 6 benda aku suka sangat dekat dia..dan biarlah benda tu aku dan dua bulan je tau..kata orang:


Cintailah seseorang itu kerana kekurangannya…
Kerana suatu saat kamu akan bahagia dengan kelebihannya …
Jangan pernah mencintai seseorang kerana kelebihannya..
Kerana suatu saat kamu akan kecewa ketika kamu tahu kekurangannya…

nama entry pon sejuta cinta Marlysa,so memang sah-sahla aku dah tangkap cintan dengan mamat dua bulan ni..so,aku dengan romantiknya dah buat satu video pasal kitorang..aku dah cakap aku romantik,korang tak nak caye..hahaha..kredit to Zack Zukhairi


Amacam?romantik tak aku?hihi...sesapa yang teringin nk belajar buat video ni,kontek aku ek..=)


"There's a difference between who we love, who we settle for, and who we're meant for."

Related Posts with Thumbnails

::smile:::