Sunday, August 22

fair lady or first lady~

sekarang ni,macam2 jenis kereta yang kita leh nampak menjalar atas jalan raya.ada yg bentuknya gemok (myvi), ada yang bentuknya panjang tirus (alza), ada yang bentuknya cam kecik ja (kancil), ada gak bentuk yang gabak2 besar nih (MPV) dan mcm2 lagila bentuknya..sebut pasal kreta nih,selalunya orang laki la yg berebut2 nak tunjuk kepakaran masing2 yg dorg ni power dlm info2 kreta nih..BMW berseries-series la..porsche cayman la..dan banyak lg la..tgk Sultan Brunei pon da cukup..beribu kereta sport dlm simpanan dia..perghh..kaya tol..kekadang dalam hati aku tertanya2 gak,apa yg dorg dpt klu tau psl kreta2 dan enjinnya??sbg wanita sejati,mmg aku blur gila klu kwn2 laki aku dok sembang psl kreta2 nih..



nak jadik cerita, satu hari ni,aku kluar la dgn sorg kawan laki aku nih..mcm2 topikla kitorg dok sembang..dari hal berkaitan bangunan, baju, sukan, wanita sampaila ke kereta..ala,topik boring ni lagik..lemah tol aku..
kawan : 


"aku minat tol la dengan fairlady..ntah bila la aku leh pakai..dapat beli 2nd hand pon jadik la.."


dalam hati aku : "first lady? cam penah dengar..tapi di mana ya??camna bentuk dia ek??dari company mana??serius aku penah dengar..adek aku penah sebut psl kereta nih.."


sbb aku tak nak terasa termalu depan kawan aku tuh yang aku mmg tak pasti kreta tu mcm mana, kononnya nak tunjuk aku ni mmg tau semua..so,dengan penuh konfidennya...


aku : "ooo..kereta first lady tuh ek???memang cun siot..aku pon minat gak..tapi nak belinya,idak ler..tak cukup kaya.."


kawan : "fairlady la..bukan first lady..first lady tu butik pakaian pompuan.."


aku : "fairlady la aku sebut..knapa?aku ckp first lady ka?silap sebut..hehehe.."


makkk!!!!malunyaa!!!hanya Allah ja yang tahu perasaan aku waktu tuh..muka tak yah ckp la..merah cam kena panggang..nasebla kawan aku ni tak gelakkan aku..maybe sbb dia tau aku tgh cover malu,trus dia tukar topik lain..so,kat sini,pengajaran yang aku leh simpulkan,klu korang tak tau isi-isi topik yang kawan korang cuba bualkan,ckp ja trus terang..tak salah nak tunjuk kita ni tak tahu..da ilmu memang kurang..tak pon,pandai2la korang divert ke topik laen..



sbg maklumat tambahan, manala tau klu kwn2 laki korg @ pakwe korang ckp psl kereta fairlady tu lagik,aku selitkan sedikit info psl nissan Fairlady Z ni atau nama scientificnya Nissan 350Z..cun kan?sebenarnya dia banyak jenis..tapi yang pasti dia ni kereta sports /roadster..ada dua seats ja..enjin apa?haram satu sen aku tak paham klu nak habaq pon..tau bentuk camna sudahla..nanti takda la korg nak termalu cam aku..selamat membaca~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

::smile:::