Thursday, October 14

kawan bila cinta..??

ada pepatah lelaki melayu ckp,BERKAWAN BIAR BERIBU,BERKASIH BIAR BEREMPAT,SETIA PADA YANG SATU,YANG LAEN BUAT SPARE-PART..pergh..sentap mak nok klu uols buat camtu kat kawan2 uols..tapi,boleh ka laki & pompuan ni berkawan rapat??wujud ka istilah my best girlfriend utk kaum lelaki dan sebaliknya?macam2 soalan la yang dok berhelikopter dlm kepala otak aku ni bila dengar cerita pasal laki & pompuan berkawan rapat nih..bagi aku,leh ka dorang kontrol jiwa dorang klu rapat sgt??takkan dorang tak terasa nak tersuka kat kawan dorang tu??yela..cakap kawan rapat a.k.a kawan baek..mestila selalu berkontek & selalu bersama & selalu membuat luahan2 masalah peribadikan???




sebut pasal 'best friendship' antra laki & pompuan nih,aku ada tringat satu crita..masa zaman matrik UIA dulu,aku penahla dengar satu slot kat Hitz.fm ni,yang leh buat luahan hati & perasaan kat DJ tu..dan Dj hitz.fm tu akan kontek orang yang kita cuba nak luahkan perasaan tapi tak berani..konon tak berani tapi kasik heboh dalam radio,habes satu Malaysia dengar,berani la plak kan??hihihi...nway,adala sorang caller laki da buat luahan perasaan kaseh dan sayang dia kat Hitz.fm ni..dah nama pon radio Hitz kan?cakap pon dalam omputih la..meh aku terjemahkan apa dia cerita kat DJ tu..


"aku ada sorang kawan baek pompuan..kami da lama berkawan..dari memula kitorang masuk kolej..kitorang mmg tersangat rapat..pegi ke mana pon berdua..sampai orang selalu salah sangka yang kitorang ni berkapel..kawan aku ni memang chantek dan menjadi rebutan kat kolej.."


masa aku dengar mamat tu memula crita pasal bestfren dia tu pon,aku dah leh agak..ni mesti mamat ni dah tangkap lentok kat bestfren dia..nama pon mengadu kat slot luahan perasaan ni..so,nak dipendekkan cerita,memang mamat ni suka gilerrr kat bestfren dia..kira dah lama dia pendam perasaan la tapi tak berani nak luahkan..so,dia mintak tolong DJ hitz.fm tu,jadik orang tengah untuk sampaikan luahan perasaan dia ni..mungkin dia dah takleh tahan kot..kehkehkeh..so,nak dipendekkan lagi cerita,DJ ni pon,kol la si minah bestfren tu..untuk pengetahuan korang,aku & kawan2 aku memang ternanti2 gila respon pompuan tuh..kitorang siap buat bet ok..dan sudah semestinya aku bet yang pompuan tu akan rejek..malu beb buat luahan satu Malaysia tahu..tapi itu pendapat peribadi aku ja la..kawan2 aku yang laen rasa mamat tu dah cukup berani buat luahan kat radio..sekali lagi aku translate apa perbualan dorang..kali ni antra DJ & minah bestfren tuh..


"aku buat panggilan dari Hitz.fm..ko ada kawan nama tut...tak?" (harap maap..nama mamat tu terpaksa di censored..kehkeh..)


"ya..dia memang kawan aku..knapa?"


"siapa dia sebenarnya ek?" (cet DJ nih..buat2 tanya plak..)


"dia kawan baek aku.." (minah bestfren ni blur lagi..)


"ok..sebenarnya kawan ko tu dah kol Hitz.fm dan dia mintak tolong aku untuk cakap benda nih dan dia nak tau respon ko..kawan ko ni,suka gilerr kat ko..nak lebih tepat lagi,dia cinta gilerr kat ko..so,apa kata ko?"

gulpp..telan liur kitorang masa ni..masing2 debo menunggu apa jawapan minah bestfren ni..klu dia terima,kompem dorang kapel pasni..happy ending..klu dia rejek??


"ermm..no comment.."


"no comment?boleh cakap sesuatu untuk kawan ko?sebab dia pon mungkin mendengar siaran ni.."


"no comment..sorry.." (trus dia letak telepon..kejut plus kaget banget kot..)

so,apa kesimpulannya?camtu ja?pompuan tu rejek ka tak sebenarnya?nak dipendek-pendekkan lagi cerita,DJ tu kol balek mamat ni..on air semua ni ok..mamat tu cakap dia kena REJECT..kawan pompuan tu dah takmo tgk muka dia sbb dia malu, abes satu kolej tau laki tu buat 'announcement' kat radio..kan sayang klu jadik camtu..dari elok2 berkawan,trus jadik musuh..kesian kan mamat tuh?apa salah dia klu nak suka kat kawan sendirik??sbb tu,aku mmg sangat tertanya2,boleh ka laki & pompuan ni berkawan rapat??kalau korang kata boleh,aku nak tanya lagik..boleh ka dorang kontrol hati & perasaan dorang dari tersuka or terjatuh chenta kat kawan dorang??sebab seperti kita semua tau,mmg laki & pompuan ni diciptakan berpasang2an..untuk dicintai & mencintai..cewah~blushing aku tulis ayat2 camni..sebenarnya,mungkin boleh,tapi mmg susah sangat nak kontrol hati kita ni..


ada satu lagik cerita..benda ni jadik betoi2 kat kawan yang rapat ngan aku..dia mmg berkawan baek dengan sorang mamat ni..mamat ni mmg nerd terunggul gila..bukan takat nerd,pemalu tegar plak tuh..pantang jumpa pompuan,bukan dia menggatal,tapi mesti dia tunduk kepala abes..sebab malu nak tgk..comelkan?hehe..kawan aku ni mmg suka sgt sakat mamat ni..sampaikan mamat ni takot jumpa dia..bukan kwn aku yang blushing kena usik,tapi mamat tu yang blushing sbb truk sgt kawan aku usik dia..tapi dek kerana usik mengusik kawan aku ni,dia ngan mamat tu jadik rapat..sampaila satu ketika tu,aku tanya kawan aku..


"weh,ko dok usik mamat tuh,ko tak takot ka klu ko tersuka kat dia nanti??"


"suka sapa?dia?euuww..takda la..aku memaen ja la ngan dia..tak mungkin aku suka mamat pemalu tu..kitorang kawan ja la.."


"ko jangan..nanti ko tersuka,camna??"

terdiam kawan aku..mungkin dia pon start berpikir kot..so,nak dipendekkan cerita(aku ni asek pendekkan cerita ja kan??),slowly,kawan aku sebenarnya dah start suka kat mamat ni..klu dulu,dia suka laki yang persis bak model, tapi ngan mamat ni,bila aku tanya,dia suka ngan peribadi & kepemaluan mamat nih..abaikan kesalahan tatabahasa aku ok..(walopon aku tahu,bulan 10 ni bulan bahasa kebangsaan..:p)..bagi dia,mamat ni nampak comel sgt sebab malu2 kucing dia tuh..kuasa Allah kan??dari kawan aku yang sgt confident dia takkan suka kat bestfren laki dia tuh,tetiba leh suka..

so,kesimpulan dari entry kawan bila cinta..?? ni,aku rasa agak susah untuk laki & pompuan untuk berkawan rapat nak kawal hati & perasaan dorang..kalau tak kawan pompuan yang tersuka kat si laki,mesti kawan laki yang tersuka kat kawan pompuan..susahkan bila kawan kita dah mula rasa cinta kat kita..klu kita pon ada hati kat dorang,takpala..klu takda,mcm kes caller laki tadi,abes berkecai persahabatan yang kita bina..apa-apa pon,janganla trus reject hati kawan kita tuh..kesian dia..pikir sama ngan persahabatan korang..takat orang suka ja pon,janganla gelabah sangat kan?chill beb~kawan tetap kawan,ok??


"It happens to everyone as they grow up. You find out who you are and 

what you want, and then you realize that people you've known forever 
don't see things the way you do. So you keep the wonderful memories, but
find yourself moving on." 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

::smile:::