Saturday, October 30

ada apa dengan facebook?

sebenarnya,dah lama aku nak cakap pasal isu yang berkaitan fesbuk nih..tapi tersekat2 rasa..baru-baru ni,masa aku dok tgh iron baju pagi2 nak pegi keja,aku rajin la jugak nak mendengar celoteh2 pengacara Malaysia Hari Ini (MHI)..yela,nak nyanyi2 kecik time pagi2 ni,tobat suara tak keluar..dari aku dok bosan iron baju sorang2,baek aku dgr Ally Iskandar & the geng membebel2 kan??so,adala satu ketika tuh,dorang bercakap2 pasal penggunaan fesbuk di serata dunia nih..untuk pengetahuan korang,rakyat Malaysia merupakan pengguna fesbuk paling aktif seantero dunia..ranking nombor satu ok~diikuti dengan penggunaan kat Russia..terkejut badaks aku..aku ingat,penggunaan fesbuk kat USA @ UK @ Israel @ yang sewaktu dengannya yang ranking nombor satu ni since pengasas fesbuk pon dari sana..salute sama rakyat Malaysia..termasuk akulah tuh..keh3...

nampak sangat rakyat Malaysia ni sangat ramah & suka berkawan kan??

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
pendek crita,hampir semua orang kat Malaysia ni mungkin tau akan kewujudan fesbuk nih..korang bayangkan lah..aku ada sorang kawan ni..masa penggunaan friendster sedang berleluasa pon, dia still tak minat benda2 rangkaian mencari kawan camni..tapi,bila adanya fesbuk,aku tgk,ari2 update status kat fesbuk..sampai nak makan apa pon dia update..hebat~:)

kalau korang jenis pembaca blog yang tegar,mesti korang perasan,kebanyakkan penulis blog pon dah membincangkan isu berkaitan fesbuk samada negatif atau positif..sebenarnya,walopon aku agak aktif berfesbuk nih,tapi aku terpanggil nak komen sket pasal pengguna2 fesbuk ni..bagi aku,fesbuk ni sebenarnya banyak positifnya klu xsalah guna..antara positifnya penggunaan fesbuk nih:

satu:::kita leh jumpa kawan2 lama yang dah terputus hubungan especially kwn masa tadika,sekolah rendah,etc.

dua:::klu bosan2 tak tau nak buat apa,dari kita melepak kat luar umah,baek kita maen games dlm fesbuk nih..contohnya farmville,mafia war dan byk lagila..kreatif sungguh dorang nih..

tiga:::bleh tau latest perkembangan pasal kwn kita..contoh,dia dah kawen ka,brapa org anak dia, apa kerja dia skrg nih,etc..banyak jugak org guna fesbuk ni nak jempot kawan2 dtg ke kenduri kawen dorg dan sebagainya..sekarang ni pon,nak pos kad kawen pon,kosnya melebihi hantaran kawen kot..:)..mudah kan??


empat:::korang leh guna fesbuk untuk promote bisnes korang..contohnya yang aku slalu kena tag psl bisnes kawan2 ni,macam baju baby (dorang tau ka tak aku xkawen nih??hehe..),tudung & shawl, patch buang toxin, wedding photography dan banyak lagilah..kekadang kita rasa tak perlu pon dorang nak promote bisnes dorang kat kita..tapi cuba pikir dlm jangka masa panjang..mungkin satu hari nanti,kita bakal memerlukan khidmat bisnes dorang ni kan??maklumlah,segalanya dihujung jari skrg ni..

lima:::mak bapak yang pandai guna fesbuk nih,dorang leh pantau kegiatan anak2 dorang..canggih tol mak bapak sekarang kan??


banyak jugakkan kelebihan fesbuk nih..tapi ramai jugak yang dah salah guna kelebihan fesbuk nih..klu sebelum ni entry aku ada yang berkaitan psl 'FIVE THINGS I HATE THE MOST' tu kan??kali ni aku nak habaq mai 3 things i hate the most about facebook user...kiranya,bila aku jumpak pengguna2 ni,aku rasa cam nak nk suruh dorang tobat nasuha ja..menggeletik tol aku..tak tau la klu korang pon rs apa yg aku rs..tp, klu tak rs annoy dgn golongan yang aku x brapa nk berkenan ni,mmg tabik spring kat korang..tahap cool diri korang sgt tinggi la kot..hehehe...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

GOLONGAN PERTAMA

"golongan yang so called open minded la sgt.."

senang crita,golongan ni terdiri daripada dorang2 yang suka menunjukkan aset dorang yang tak seberapa tuh..suka sgt pakai dedah sana,dedah sini..pastu tangkap gmbr terjelir2 lidah..konon seksi & comella sgt..siap berpeluk2 dgn kaum berlaenan jantina..pendek cerita,bangga nak tunjuk kejahilan diri sendirik...aku bukan anti dgn orang yang suka bersosial nih..in fact,kwn2 aku ramai ja yang tak tentu hala agama dorang nih,contoh g clubbing la,'minum',buat hubungan terlarangla,etc..tapi,kitorang still kamcing..cumanya,bagi aku dorang pon dah besar..bukan xpenah belajar agama pon ms sekolah2 dulu..nak bersosial tu,gasak dorang la..tapi,haruslah nak update & upload semua aktiviti 'soo sial' dorang dalam fesbuk kan??buat semak update news feed aku jah..klu badan tu solid cam jessica alba,muka tu gebu cam artis2 korea,sedapla gak nak tgk dorang punya seksi tuh..bagi aku,dorang ni mungkin masa amek sejarah PMR @ SPM dulu tak berapa nak score kot..tahukah anda,zaman purba kala batu logam dulu tuh,nak lagi tepat,zaman Tasaday dulu,orang2 masa tu pakai sejibik cam dorang pakai..semua tak cukup kaen..so,camnala dorang leh claim, dorang ni so up to the date about fashion, lifestyle, etc??move on la..penat kita majukan negara kita nih..takkan la kita nak kembali ke zaman dulu2 kala kan??zaman purba plak tuh..

GOLONGAN KEDUA

"golongan yang suka hentam orang laen punya update status.."

lebih tepat lagi,golongan yang suka carik gaduh dengan orang laen..apa masalah dorang pon aku tak pasti..mungkin dah takda keja sgt kot..cuba dok diam2,maen farmville ka,mafia war ka,petville ka..ini tak,pantang nampak orang update apa2 kat status tuh,mesti nak buat komen yang menyakitkan hati orang..contoh,ada sekali tu,aku tulis kat status aku:

"love it when u called me MARLYSA.."

pastu,adalah sorang kawan aku ni ckp:

"jiwang gila ko nih..relek2 sudah.."

demm~penah jugak sekali tu,aku niat nak bergurau2 ja dgn sorang minah nih..member kamcing aku la jugak..kitorang berdua ni mmg dah slalu sgt gurau2 laser nih..so,klu dia laser2 aku pon,aku xpenah la nak terasa..sbb tau dia bergurau..so,satu hari tu,aku pon tinggalkan la komen kat gambar dia, yang aku rasa biasa ja untuk umor baru 24 tahun masa tu..:


"amboi,apsal berkerut sgt tuh??angen andartu dah datang la tuh.." (24 tahun dah ada pakwe = andartu..sgt tak logik la kan??)

mmg sah2 nampak aku maen2 ja..pastu,adala sorang mamat yang konon grad oversea la sgt,dah hentam aku..


"woit helda,agak-agakla nak komen pon.."


skali lagi,demm~

GOLONGAN KETIGA

"golongan yang tak tau malu.."

aku rasa korang pon dah leh imagine bila aku ckp psl golongan tak tau malu nih..bg yang tak dpt tangkap apa yg aku ckp nih,maksud aku utk golongan tak tau malu ni adalah, khususnya kaum2 wanita yang suka sgt mencanangkan rasa hati,kasih sayang dorang kat lelaki yang dorang minat @ suka..klu canang tu kat wall fesbuk sendirik,takpa la jugak..ini abes dia 'conteng' wall lelaki2 tu..klu couple2 ni dok bermanja2 dalam fesbuk nih,aku mmg xheran langsung..standard la kan,orang tgh bercinta..ini takda gempa bumi,takda tsunami tetiba abes satu dunia tau ko minat kat mamat tuh..tak nmpk cam terhegeh2 ka??jual la mahal sket cik kak..kasik tunjuk sket kat mamat tu & org2 laen yang ko pun punya harga diri..nak suka tak salah..in fact klu ko nak kasik mamat tu tau ko suka kat dia pon tak salah..tapi pandai2 cover line..mungkin ko leh ckp belakang tabir ja..takyah la kot gi canang2 kat orang..bukan apa,ko jugak yang malu nanti klu si lelaki tu rejek terang2..aku pnah sembang2 dgn kawan laki aku psl pompuan yang ngorat dia secara terang2an dlm fesbuk nih..dia ckp:

"aku mmg dah tegor dah pompuan tu,jgn dok ucap sayang2 dlm fesbuk aku..aku tak suka..bukan apa,nanti dia jugak yang malu.."

"ko ckp ja ko tak suka,ntah2 ko dah mengayat dia sampai dia angau semacam.." (aku back up lagi pompuan tu walopon aku rs sgt annoy dgn kegedikannya mengorat kwn aku nih..)


"mana ada aku layan dia..betoi..sampai opismate aku pon tegor apsal dia jiwang sgt.."


"klu camtu,maksudnya pompuan tu mmg nk ckp kat orang yang dia dah booked ko..dia nak suh pompuan laen back-off.."


"memang dia ckp camtu pon.."


"erkk..."

aku speechless~tabik spring aku sama itu pompuan sbb keberanian dia menggedik itu..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
kesimpulannya kat sini, aku bukan nak kutuk2 org yg guna fesbuk ni..sbb aku pon pengguna fesbuk tegar gak..kekadang tuh,adala kawan aku complain,dia sampai rimas perut tgk ada orang yang msk sambal tumis udang pon,nak tulis dlm status dia..dah kenyang pon,tulis jugak..nak tido pon,dia announce kat org..tapi,seriously, aku takda masalah ngan org2 yang camni..itu hak dorang..cuma klu korang tergolong dalam golongan 3 kat atas ni,terus terang aku ckp,aku nyampah tol~tp, klu korang rs:

"pedulik apa aku,ada aku kesah?"

teruskanlah aktiviti korang tuh..ini cuma pendapat akula tentang golongan2 yang dah menyemakkan fesbuk orang laen..bak kata girlfriend kartun animasi DETEKTIF CONAN:

"wanita semakin cantik apabila berahsia.."

so,renung2kan lah...takyah la kot korang tunjuk keseksian & kejahilan korang kat org ramai..simpan untuk diri sendirik dahla..tak yahla jugak korang nak attack fesbuk sesapa sbb tak bestla gaduh2 ni..dan klu bleh,tak yahla nak canang kat orang sapa kita suka sbb pemalu itu tanda kita ni orang yang beriman..amin~ tak pon,tulis ja kat wall fesbuk sendirik betapa korang sayang kat orang tuh..takyah conteng2 wall orang..akhir kata,aku mintak ampon mintak maap klu ada yang terasa & tak suka dgn entry aku ni..tapi ada aku kesah??blog ini,aku yang punya..kehkehkeh..

"Maybe the deepest part of who we are is what scares us or breaks our hearts and we don't want to share that with anyone and when we do, we don't want to lose those people."


2 comments:

ryan's mommy said...

not bad...(^_^)

Lysa Lee said...

ni mesti kes takda keja nih eh cik intan??hahaha..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

::smile:::