Thursday, November 11

kentut oh kentut...

Nak tanya sket..korang kerap kentut tak?hehehe..mungkin kedengaran sedikit tidak senonoh, tapi aku ada crita pasal kentut ni..klu tak sanggup nak baca,abaikan entry nih..tp klu terasa nak tau tips2 nak cover dr malu klu korang terkentut depan orang,truskan membaca..hehehe...

PAKAR Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. So,korang takyah nak malu kalau terkentut. Setiap orang pernah merasa kentut. tanpa kentut, korang sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan..tipulah klu korang cakap korang tak penah kentut kan??kan??hehe..aku ada cerita pasal kentut ni..dulu, aku bersekolah dekat sebuah sekolah yang mengamalkan tradisi convo ala-ala kat universiti bila dah tamat pengajian menengah rendah..so,masa ni,aku baru form 3 dan kitorang ada rehearsal nak amek 'ijazah' untuk convo esoknya kat dewan..susunan penerima 'ijazah' ni,dorang susun ikot abjad nama kita..didahului dengan huruf A smpaila ke Z..nama aku kan start huruf M,so, korang leh bayangkan,nama M ni kan ramai dikalangan bdk2 laki...muhammad @ mohammad @ muhd @ mohd..dikalangan kumbang2 tuh,akula bunga yang mewarnai barisan tuh..cehh..nak dijadikan cerita,masa tgh beratur nak tunggu cikgu kat depan tu susun2 barisan,tetiba aku dapat rasakan seperti ada pergerakan angin ribut el nino dlm perot aku ni..adoii..saketnya perotku~jujurnya,aku memang rasa nak terkentut ya amat masa tuh..aku berpikir:


"kalau nak g toilet,tak sempat nih..barisan panjang gila..nanti berlaga abes ngan budak-budak laki ni..dengan konsep nerd terunggul aku ni,mustahil tetiba aku kuar dari barisan sbb nak kentut ja..mesti orang pelik tetiba aku berdiri sorang2 kat tgh2 car park tuh.."

tgh dok berkocak jiwa raga nak pikir camna nak buat nih,tetiba angin el-nino aku terkeluar dari sarang persembunyiannya..korang penah dengar tak pasal fakta tentang kentut yang tidak mengeluarkan bunyi,tapi baunya...masyaAllah..tengik tahap dot dot dot...perghhh..legaaaa~tetiba bdk laki depan aku tegor:

"woit,sapa kentut nih??!!"

since aku ni memang dikenali dengan nerd terunggul,takda sorang pon syak aku la pelakunya..keh3...alih-alih,budak yang tegor dulu tu kena..hahaha..sori kawan~

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

benda ni jadi masa aku dah masuk UIA Gombak..korang pon mesti tau kan, architecture student ni, hidupnya tak menentu..kalau balek pukul 2-3 pagi tu,dah biasa sangat-sangat..kadang-kadang tu,tak balek trus..tido terus kat studio..so,satu hari tu,aku-shal-ngan sorang kawan nak balek asrama lah..sebab dah ngantok gila..malas nak tido kat studio..berjalan kaki la kitorang 3 orang ni merentas department architecture & engineering dalam pukul 1 pagi klu tak silap aku..kitorang memang selalu dengar crita pasal department engineering ni sangatlah keras..sesapa yang bernasib baek, memang akan terserempak makhluk-makhluk yang bisa membuatkan kaum wanita mengeluarkan pitching yang sangat tinggi..dalam erti kata laen, hantu la...tetambah kalau lalu dekat kawasan pokok besar kat car park tuh..

nak jadik crita,masa kitorang lalu betol-betol kat pokok besar tu, kawan kitorang yang sorang ni, tetiba berenti jalan..selaku penakot tegar aku & shal nih,apa lagi..trus lari ke belakang kawan kitorang tuh..aku & shal memang dok terbayang dia dah nampak hantu..

"kenapa weh...ko nampak apa??" (masa ni aku & shal dah terduduk dah kat belakang kawan kitorang nih..)

"weh, awat ni??janganla dok belakang aku..mana ada nampak apa-apa"

"dah tu, yang ko tetiba berenti nih knapa???"

"aku nak terkentut la..kalau jalan kentut aku tak keluar..hehe.."

demmm~

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

ada sekali tuh, kitorang lepak-lepak ja dalam bilik..malas tol nak keluar..tak lama lepas tu,datang lah kawan kitorang yang memang buat lawak ja kejanya..ARUL namanya..memang enjoice suasana kalau dia ada..masalahnya,aku memang tak leh jumpa dengan dia..lagi teruk orang sekeliling kitorang parah gelak pecah perut..klu kitorang masuk rancangan Raja Lawak tu sebagai duo,kompem menang punya..hehe..so,nak jadik crita kitorang ni pon buatla lawak-lawak sengal..tetiba ada sorang kawan aku ni..

"weh,dah la buat lawak tu..nak terkentut aku gelak.."

mana ada orang kentut sebab gelak kan??ngarut tol minah nih..so,aku ngan arul ni up kan lagi lawak kitorang..

"dah la weh..nak terkentut betol nih..adoi..adoi..saket perut aku gelak nih.."

kitorang ignore lagi minah tu..up & up kan lagi lawak kitorang..tetiba..

"brrroooootttttt..."

perghh...baunya serius aku cakap..bau terbusuk penah aku bau..sampah pon tak bau camni..apa ko makan ni kawan..apa lagi,berterabur la kitorang lari..untuk pengetahuan korang,bau kentut dia ni, sampai melekat kat tirai bilik aku walopon dah dibiarkan selama 30 minit..dasat tak dasat??

kesimpulannya, kentut lah anda dimana jua anda berada..hahaha..tapi pepandaila cover yerk..selalunya orang kentut kat dalam toilet..tapi takot plak bergema bunyinya..melantun-lantun plak nanti..so,apa kata klu terasa nak kentut,korang masuk dalam selimut,then kentut puas-puas..pastu kibar-kibarkan la selimut tu bagi keluar bau sedikit demi sedikit..kehkehkeh...selamat mencuba~ :-D



"It's better to keep your mouth shut and give the impression that you're stupid
than to open it and remove all doubt."

Sunday, November 7

anak emak~

balek ja keja,mesti aku bukak komputer kesayangan aku nih..sampai mak aku cakap,rindukan komputer lebih dari rindukan dia..kehkehkeh..so,bila dah bukak komputer tuh,kompemla aku bukak fesbuk dulu..tgk notification yang terkini..maklumla,orang bajet glemer ni..dalam dok sebok menyemak aliran keluar masuk komen aku & kawan aku dalam fesbuk,tetiba adala sorang kawan aku,buzz aku.. itu yang bestnya fesbuk nih..chatting pon bleh..sambung crita yang kawan aku buzz aku tuh..so,macam-macam la kitorang dah borak..dari hal-hal berkaitan baju, kasut, beg, kawan opis, gosip ayu raudhah & zaquan sampaila ke pakwe dia nih..itu la yang kemuncak nya pon kan??pompuan ni,klu sembang,tak ke mana punya..mesti selit hal-hal lelaki..tak yah la korang buat-buat tak ngaku..kehkehkeh...kawan aku ni dah mengadu something pasal pakwe dia..dia cakap:


"aku nyampah tol pakwe aku tuh..semua benda nak cerita kat mak dia.."


"dia cerita apa kat mak dia?"


"ada ka patot dia cakap kat mak dia,aku nak makan sireh bertemu urat sebab nak cepat-cepat kawen ngan dia..ngek tol!"


"kahkahkah..ini mesti kes ko baca blog aku eh?"


"yela..mana lah tau,makan sireh tu leh kawen cepat..aku saja ja cakap kat dia nak makan..alih-alih dia gi report kat mak dia.."


"haha..pakwe ko ni,mesti anak mak kan?"

anak mak~memang semua benda dorang nak cerita kat mak dorang..mak dorang ni,lebih kurang cam diari peribadi dorang la..semua benda pasal dia, mak akan tau..contoh,dari hal-hal apa dorang makan,apa dorang pakai,siapa yang dorang jumpa hari tu,sapa yang dorang suka,dorang gaduh ngan awek, etc..pendek cerita luar dalam lah dorang ngadu kat mak dorang..manja kan??klu tak, takda orang keluar statement,kalau nak anak, tackle maknya dulu kan??hehe..


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
sapa yang tak tertarik klu lelaki tu berbudi bahasa, penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggung jawab, ikhlas & jujur kan??selalunya,ciri-ciri lelaki camni,mak dorang la yang dah didik dorang..dalam erti kata yang laen,kompem dorang ni mommy's boy..kehkehkeh..aku ada baca satu blog ni..dia cakap,menurut Kaunselor Berdaftar Universiti Malaya,Hushim Salleh :

" ‘anak emak’ boleh mendatangkan kesan positif apabila anak berkenaan mengambil berat dan menghormati ibunya itu, sesuai zahirnya yang perlu bertanggungjawab menjaga ibu apatah lagi sekiranya ketika itu beliau masih belum mendirikan rumah tangga. Ia mungkin bukan masalah apabila lelaki masih lagi bujang, bagaimanapun, konsep ‘anak emak’ boleh mendatangkan kesan negatif dan konflik boleh terjadi apabila anak berkenaan sudah menjengah alam rumahtangga dan menjadi seorang suami ‘anak emak’ kepada seorang wanita. "

korang paham tak?maksudnya,memangla anak emak ni bagus..tapi kekadang boleh mendatangkan masalah kalau dorang terlampau melebihkan mak dorang especially bila dah kawen..aku pon ada sorang kawan lelaki yang memang kategori anak mak tegar ni..penah jugak aku tanya kat dia:

"ko dok crita semua benda kat mak ko ka?"

"ha'ah..knapa?ko tak crita ka kat mak ko?"

"aku?jangan harap lah..malu beb.."

kawan aku ni ckp,dia selesa berkongsi dengan mak dia..sampaikan aku ni pon,mak dia kenal..punya dasat tak dasat dia bleh crita pasal kawan-kawan biasa kat mak dia..berdasarkan pemerhatian aku,anak mak ni memang manja..kekadang cakap dengan pompuan pon,lembut ja..mungkin sebab dorang lebih memahami perempuan bila rapat dengan mak ni..sembang la apa-apa pon dengan dorang,dorang memang leh masuk..sebab tak nak syok sendirik tulis pasal anak mak ni,aku tanya gak kawan-kawan aku..apa yang dorang tau pasal anak mak nih..

"klu ko nak tau,anak mak ni bukan reti nak beli baju sendiri..semua harap mak..ntah-ntah,yang dalam-dalam pon mak yang beli.."

"anak mak ni sensitif la..cam pakwe aku..nyampah gak kekadang tuh.."

"adik laki aku tu,anak mak la..semua benda nak kena dapatkan kebenaran mak aku,baru dia buat..kekadang mak aku yang kena buat decision untuk dia.."

"anak mak ni yang pasti,dia bukan mak nyah.."

erkk~apa kaitan anak mak ngan mak nyah ni kawan..hahaha..lawak tol korang nih..apa-apa pon pendapat korang pasal anak mak,bagi aku, itu pendapat individu la kan..tapi bab-bab mak dia yang kena buat decision tu,aku agak sokong..sebab rata-rata yang aku jumpa anak mak ni,memang tak berapa confident nak buat keputusan sendiri..especially dalam bab-bab mencari jodoh nih..konon takot mak tak suka la,mak tak bagi la,itula..inila..padahal,belum cuba belum tau kan??ntah-ntah,mak dia relek ja..kadang-kadang, bahaya gak dengan anak mak ni..tetambah klu dia tu anak lelaki tunggal or anak bongsu..ikot ja apa mak dorang cakap..mak cakap A,dorang pon mesti A jugak..kiranya,klu anasir luar nak mencelah @ mempengaruhi anak mak ni,memang susah..sebab kat jiwa dia ada mak dia ja kot..so, memang tak mustahil la sesapa nak kat dorang ni akan selalu termakan hati..itu pendapat peribadi aku berdasarkan pemerhatian aku la..bagi aku, anak mak camna pon korang nih,pepandaila korang bahagikan kasih sayang korang antara mak korang dengan isteri @ awek korang naa..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
tapi,sapa cakap jadik anak mak ni tak elok??elok apa..macam adik aku tuh..sampai sekarang nak tido ngan mak..kamcing tak kamcing dia ngan mak aku??hehe..kekadang tu nyampah tgk..dah besar-besar pon nak manja lagi..tapi nak buat camna kan???mak pon memang manjakan dia..walopon anak mak ni orang selalu cakap bucuk-bucuk mak la, suka bercerita dengan mak la, keperluan asas mak kena sediakan la,keputusan pon mak kena buat la, terlalu mendengar cakap mak la, tak berdikarila dan macam-macam lagi..tapi bagi aku & mungkin korang yang laen, anak mak ni memang antara kawan lelaki yang baek untuk pompuan..tak bermaksud dia lembut auw-auw tu, tapi anak mak ni memang agak memahami hati pompuan..dorang ni jarang nak buat jahat sebab apa-apa dorang buat, mesti pikir mak dorang dulu..so, kepada kaum wanita yang memang 'berkawan rapat' dengan anak mak ni, korang kenala bersabar klu apa-apa hal pasal dia or korang, dia mintak pendapat & pandangan mak dia dulu..korang dah jatuh nombor 2..nak buat camna kan??


tapi, klu korang masih blur-blur samada korang ni anak mak ka tak bila baca entry aku ni, berdasarkan pemerhatian aku,tanda-tanda yang korang ni anak mak:

::satu::
korang rapat gilerr dgn mak compared to bapak korang

::dua::
semua benda korang crita kat mak dari hal kecik-kecik sampaila yang besar-besar..sket pon tak simpan

::tiga::
korang spesis yang terlalu bergantung pada mak..sampaikan calon bini pon nak 100% sejibik cam mak korang

::empat::
korang ni tergolong dalam golongan lelaki yang agak sensitif..sket-sket mintak pendapat mak

::lima::
tak gelabah sangat nak kawen sebab korang ada mak yang leh jaga korang better dari bakal bini korang

::enam::
melebihkan mak korang dalam segala hal sampai bini or awek korang terasa hati..

kesimpulannya, sinonimnya, anak mak ni dikaitkan dengan lelaki..selalunya,pompuan ni memang dah manja ngan mak dorang..so,orang tak heran sangat klu dorang rapat dengan mak..kategori mana pon korang,samada anak mak, anak ayah or anak sesapa, aku tau, korang semua sayang mak & ayah korang kan??walopon korang pon kaki bantah cam aku...hehehe...tapi, sayang camna pon korang kan mak & ayah korang, aku harap korang pandai-pandai manage especially bila korang dah kawen..jangan berat sebelah ok...:))

Thursday, November 4

my autobiography~

"My name is Marlysa Helda Rosly, and I was born on 18 February, 1984 in Kuala Lumpur, Malaysia. I was brought up in Langkawi, an exquisite island in the north of Malaysia. Ours is a family of six, made up of my mother, father, two sisters and a brother. The schooling years of my life were toughest, as I was selected to further my study in a boarding school since the early age of 13. I received my secondary education at MRSM Gerik, Perak from the year 1997 till 1999 and have completed the big examination of SPM in the year of 2001 at MRSM Beseri, Perlis, and the prestigious school professed a strong educational and ethical philosophy that has remained with me throughout my life. I attended International Islamic University Malaysia (IIUM) as a Bachelor Science in Architectural Studies student for three years studies. Being an architectural student has really broadened up my thought about how the environment design can help to harmonize the world. I believe creative and history are very important in creating a splendid environment in design. Malay traditional elements have really influenced me in doing my design. I sturdily believe, by preserving and implementing our culture and heritage, they will give the strongest impact towards our environment.

My career in architecture began smoothly and I was more than happy to grab the right opportunity for which I was waiting so long. As a 2007 graduate, I have about 2 years working experiences in architectural and construction field and almost 2 years working as an ICT coordinator. Working as an architectural- civil assistant, and 3D designer at JB Project Management gives me a brand new experiences in exploring the architecture world. Most of the projects were located at Holland, Morocco and Langkawi. For civil construction job, I have to prepare concrete and reinforcement drawings of drainage, tunnel, floor slab and so on. While for 3D and architectural projects, most of them involved interior design of a condominium, bungalows, spas and resort. Most memorable project I have handle is doing a renovation drawing plan for Bonton Resort at Pantai Chenang, Langkawi. The renovation involved old Malay houses which have been transferred from Perak, Kedah, Johor and Terengganu to Langkawi. For me, by preserving an old element of the building is an enjoyable and challenging work for the designer. Besides, things happen with a reason. So, why do we have to demolish the astonishing existed element of the building?

my rendering project using 3D Max

The year of 2007 was a tremendous point in my life as a student as I had an opportunity to visit Cairo, Egypt for my references studies under the Heritage Studies coursework. There, my course mates and I successfully did a measured drawing of 600 years old mosque, Alt-Tinbugha Al-Maridani Cairo with cooperation from RTM, one of Malaysia’s broad casting television. Words alone cannot describe how amaze I am with their preserved heritages. The mosques, houses and walk able area are all very awesome which captured my attention. I can conclude that, their strongest identities of architecture features are the calligraphies, space orientation, carving features and construction’s materials. Masjid Alt-Tinbugha Al-Maridani which was built in 1340 was highly shaped by Mamluk style with recessed crowned and stalactites including double arches window gives me countless inspiration of what architecture could be to create such an impressive lifestyle.



Highly cosmopolitan and diverse population which includes Chinese, Malays, Indians, Eurasians, Caucasians and Asians from different origins makes me wonder about the architecture in Singapore. Did their buildings really based on modern concept with the combinations of their multiracial populace? Surprisingly, being there, I can see they still manage to conserve the buildings and areas of historic value like Fullerton Hotel and Bugis Street which have turned into something useful and attracting to the visitors. It’s really inspiring me that the combination of old and new can create something beneficial towards the generations and environment. But still, Malaysia is not lacking in preserving the historical building and area. For example, a fascinating combination of the East and West, Penang embraces modernity while retaining its traditions and old world charm. These are reflected in its harmonious multiracial populace and well-preserved heritage buildings which led to George Town being rewarded as one of UNESCO World Cultural Heritage Site recently. During my studies, I have been to Kapitan Keling Masjid, George Town which is the first superintendent of the mosque in Penang, as for my site visit, and I just realize that we still have a place that remains its historical elements and values. The original mosque structure was a single-storey rectangular building with a sloping roof on all sides and surrounded by a stone bench. It was surrounded by shop houses, with access through a narrow gateway. I strongly suggest for Malaysian who want to know deeply about our country historical area to visit Penang especially Campbell Street Market, Little India, Khoo Kongsi Temple and lots more. It’s really amazing how the buildings are still well-preserved in this modern era with the fully tiles walkway to create a walk able area from Campbell Street Market to Buckingham Road.


I deem tradition and modern could merge very well in order to create a harmonious environment for our generations. Being respected by the world because of our modern-heritage architecture really is my biggest dream as someone who has basis in architectural studies. We have our very own architecture identity like Malay traditional houses and carving decorations which we should be proud of. If the foreigners fall in love with our heritage, why must us as a designer trying hard to imitate other country’s identity and implementing it in the design as if it is a brand new concept? Our heritage is beautiful as it is and we just need to blend it with the new environment and that is our challenge."

Monday, November 1

wanita,diet & ...

wanita ni cukup sinonim dengan perkataan diet kan??kenapa ek??laki pon,ramai ja yang suka diet..tgk ja la kat tempat keja aku..ada sorang encik ni,dulu sgt berisi,skrg kurus gila..sampai seluar slack dia pon tak sempat nak beli baru kot..aku tgk,dia pakai seluar macam dalam katun LAT THE KAMPUNG BOY dah..seluar tarik ke paras dada,pastu kembang ja kat bontot tuh..huduh plak aku tgk..hahaha..tukar baru la encik abang oii..kata gaji beribu kan...sayangla kan klu dah kurus tapi penampilan tak jaga..


nway,korang penah baca tak blog REALITI KONSPIRASI by ZACK ZUKHAIRI??itu mmg penulis blog feveret aku..banyak gak story dalam tu yang leh kita baca untuk gelak guling2..klu nak try baca,g kat http://zackzukhairi.blogspot.com..so,adala satu entry dia yang dah menarik minat aku pasal wanita,diet & islam..dia cakap:

"pelik jugak kaum wanita ni.diorang berusaha untuk nampak cantik di hadapan suami,sampai telan pil itu,telan pil ini,cerut pinggang dengan alat senaman ntah hapemende ntah.diet sampai kena tahan wad.aduhai..apa kes?"

itu pendapat kaum lelaki..duhai cik zack zukhairi & kaum lelaki yang lain..tahukah anda bahawa wanita ni,klu dia dah betoi2 sayang kat seseorang tu,dia sanggup buat apa saja..klu tak,takkan si isteri sanggup mengandung & melahirkan zuriat untuk si suaminya kan??ingat tak saket ka??ingat senang ka nak kuarkan anak dari perut dia tuh??jenuh gak kot..sampai berpeluh2 & meraung2 gak aku tgk..pendek crita,aku yang tak kawen lagi ni,klu dengar crita puan mak-mak ni pasal pengalaman melahirkan anak,memang takot gila nak kawen..so,kalau takat nak diet,telan ubat sana sini,sedut lemak sana sini,apa sangat la kan??semuanya cam cik zack tu ckpla,sebab nak nampak cantik depan suami @ tunang @ pakwe @ orang yang dorang suka dan sebagainya..

tapi,buat kaum perempuan plak,ada betoinya apa cik zack tu ckp..buat apala nak susah2 berdiet sampai kena masuk wad segala..diet tu bleh tapi jangan sampai melampaui batas kesihatan & nyawa kita..contohnya kes sebelum ni..sorang isteri,sanggup gi buat rawatan sedut lemak untuk nampak ramping..omputih ckp blue hyppo..hahaha...bukanlah..liposuction..semata-mata nak bagi diri sentiasa nampak gojes..kan sedey camtu..


ada jugak yang buat rawatan ni untuk kesihatan..sbb dah terlebih berat..omputih ckp,overweight..ommelayu ckp gemok cam badak..contohnya cam pelakon syanie tuh..dah kuruskan dia sekarang???


kat sini,aku taknak la bagi panduan camna nak kurus dan sebagainya.itu korang kena google sendirik..cuma aku just nak sembang2 psl wanita,diet & dot..dot..dot.. ni..kenapa wanita berdiet??apa yang dorang sanggup buat untuk nampak kurus,etc???contoh paling rapat aku tgk,kakak opis aku..sampai sanggup berabis 2-3 ribu untuk beli produk2 diet..just name it..semua dia telan..tapi gemok camtu gak aku tgk..hehehe..idokla aku ni kurus menyelim sgt..aku ni pon tgh menyebokkan diri berdiet..tapi idok ler sampai berabis beribu-riban nih..just jaga makan & senam byk2..17kg gak aku trun kot~keh3...

nway,dari aku perabeskan duet untuk produk2 diet nih,baekla aku perabiskan kat multivitamin ka,omega-3 ka,vitamin b-complex ka,etc...itu lagi bagus kan??kesihatan insyaAllah terjamin..sementara masih muda ni la,kita kena makan vitamin2 ni..biar sihat jantungnya,mulus,licin & gebu kulitnya,stamina mantop,etc..so,apa lagi korang..gi serbu farmasi2 yang berdekatan sekarang~dapatkan produk2 kesihatan yang terkini..keh3...takpon,g check risalah2 produk dari AMWAY..terbaeklah~

antara produk kesihatan yang aku makan...salmon omega-3 dari AMWAY..

tetiba terasa diri ini seperti pharmacist la plak..hehehe..tapi betoi aku ckp..dari korang memperabihkan duet2 korang kat ubat2 diet tuh,tryla plak produk2 camni..klu dah selera tu cam gajah,makan produk diet apa pun,takkan jalan gak..hehehe..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
adik aku cakap,kalau nak kurus,apa yang penting skali bukan ubat yang kita makan..bukan jugak makanan yang kita makan..tapi semuanya bergantung dekat tahap keinginan kita nak kurus..omputih ckp DETERMINATION..haa,itu yang penting..ini lebih kepada psychology la..bila kita dah azam nak sesuatu,mesti kita berusaha nak capai target tuh..bila pikir2 balek,betoi apa yang adek aku tu ckp..

"klu takat ada niat nak kurus,tapi dok asek melantak nasik 2-3 pinggan,tak guna jugak.."

"ko makan la ubat diet macam2,tapi klu ko melantak nasik tahap tak hengat dunia,tak guna jugak klu azam tu takda.." 

maklumla..makanan ruji kita,NASI ni,sangat menyelerakan ok~sapa yang bleh tahan kan??tapi pada sesiapa yang nak berdiet tuh,jauhilah nasi..inilah musuh utama kita yang nak berdiet nih..hehehe..laenla klu korang memang leh kontrol selera makan tu..bukan apa,mmg la orang ckp:

"ko nak diet,kena gak amek nasik..sesenduk sudahla..tak yah byk2.."

tapi,mampu ker korang nak makan tahap sesenduk nasi ja??hello~aku tak mampu ok..dari amek sket2 camtu,baek takyah amek trus..buat saket hati ja bila benda sedap ni kita mkn sket2..hehehe..so,nasihat aku kepada kaum wanita yang nak berdiet & nak menguruskan badan:

satu::jangan amek produk diet
dua::jangan gatal-gatal nak pegi sedut lemak..dosa tau..
tiga::jangan malas nak gi senam..nasihat utk diri sendiri nih..:)
empat::jangan mkn nasi banyak2 sangat..
lima::jangan lupa minum air mineral 2 liter sehari..

so,selamat berdiet..sesungguhnya,wanita itu memang tidak dapat dipisahkan dengan diet~wanita nak diet untuk kurus.. wanita nak kurus untuk nampak cantik... wanita nak nampak cantik untuk apa atau siapa?bak kata nabil raja lawak.LU PIKIRLAH SENDIRI...:)


Sunday, October 31

kawan aku dah kawen~

tak lama lagi cuti sekolah kan??sebut pasal cuti sekolah ni,tak laen tak bukan,kita mesti kaitkan cuti2 tu dgn tarikh orang nak kawen..betoi tak??masa ni,takyah cakapla..serabot otak nak pikir nk beli hadiah apa,nak pegi umah kenduri tu camna,nak pakai baju yang mana dan banyak lagi lah kita kena pikir..orang laen yang nak kawen,kita pon sama2 sebok..sebenarnya,aku jarang nak boleh pegi kenduri2 kawan aku kawen nih..maklumlah,dok kat Langkawi ni,over the sea sket..so,susah la nak boleh keluar tuh..kebetulan kawan2 aku banyak orang sebelah selatan..dan semestinya masalah transportation la kan...takkan orang sebok2 nak akad,sanding semua tuh,aku nak mintak amek aku kan??so,aku mampu doakan kebahagiaan dorang dari jauh ja..klu hadiah plak,aku pos ja..harap2 dorang bisa mengerti akan kesulitan ku ini..hehe..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

dalam banyak2 kawan aku yang dah kawen nih,ada satu kenduri ni ja aku bleh pegi..itu pon kebetulan kawan aku ni kawen masa cuti hari raya hari tuh..kebetulan kawan aku ni dok seremban..kampung aku plak kat muar..so,sempatla aku g kat kenduri kwn aku,NUR NA'IMAH & SALEHUDDIN..itu pon sempat g akad dorang ja..sedey tol~waktu aku sampai tu,aku tgk nekmah ni mmg tgh nebes abes..yela,ingat senang ka nak kontrol jiwa & perasaan on that special day kan??comey ja aku tgk..mulala dalam hati aku:

"iskh...bila turn aku plak nih??"

klu korang nak tau,nekmah ni punya semangat simpankan sirih bertemu urat kat aku..dia suruh aku makan..dia ckp:

"orang tua2 cakap,makan sirih junjung bertemu urat ni,insyaAllah akan bertemu jodoh nanti..aku pon tahun lepas makan,tahun ni dah kawen.."

itu hanyalah kepercayaan..nak percaya ka tak,terpulang la kan??tapi klu betoila mkn sirih tu bleh kawen cepat,apa salahnya..takyah kunyah,aku trus telan ja sireh tuh..kehkehkeh..nway,sebelum ni,bila aku tgk org dok akad,aku lek ja..takda la plak nak rasa apa2..tapi,bila Cik Din terima akadnya ayah Cik Nekmah,aku rasa terharu sgt2..maybe sbb aku dah lama kawan ngan nekmah ni..susah senang slalu kongsi dgn dia..

"dear nekmah,ikhlas dari hati kami ni,kami doakan hgpa kekal bahagia bersama cik din yang tersayang..amin~:)"

korang nak tgk gmbr nekmah & din ni??chantek woo..kredit to photographerla..klu berminat nak booked dorang,g kat link ni:
http://www.facebook.com/home.php?#!/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/capturedbyis/249734966998











chantekkan kawan aku??tgkla dia kawan ngan sapa..kehkehkeh..nway,ramai lagi kwn2 aku yang dah kawen..yang dah dapat anak pon ada..antaranya:

:::syafawati & zaili:::
 dorang ni studiomate aku..so,dorang ni mmg bercinta dari zaman belajar la..match from heaven..:)

:::nazarul wahyuni & pasangan:::
 arul ni member kamcing aku gak masa belajar kat UIA dulu..suami dia tu,kawan sekolah lama dia masa sekolah menengah dulu..jumpa kejap,trus kawen..jodoh~

:::nurul awinar & pasangan & anak:::
 awinar ni kawan aku dari form 1 dulu..dah ada anak dah pon..dorang ni jumpa klu tak silap aku,mak si suami tu berkenan kat awinar nih..menantu pilihan mak bapak ok~:)

:::aini & wadi:::
aini ni studiomate aku merangkap kawan serumah aku sebelum dia kawen..comey sgt budaknya..wadi plak kawan kepada abang studiomate kitorang..klasik tak perkenalan dorang??hehe..tak lama lagi dapatla anak..cant wait~

demikianlah serba sedikit pasal kawan2 aku yang dah kawen nih..ramai lg sebenarnya..dah xmuat korum..kena bukak blog baru klu nak cerita pasal kawan2 aku yang dah kawen nih..hehehe..itu tak masuk yang dah bertunang dah bakal kawen tahun depan..apa2 pon,aku doakan yang terbaek untuk korang semua..semoga kekal teramat bahagia dengan pasangan masing2..doakan turn aku plak lepas ni ok~kehkehkeh...

Saturday, October 30

ada apa dengan facebook?

sebenarnya,dah lama aku nak cakap pasal isu yang berkaitan fesbuk nih..tapi tersekat2 rasa..baru-baru ni,masa aku dok tgh iron baju pagi2 nak pegi keja,aku rajin la jugak nak mendengar celoteh2 pengacara Malaysia Hari Ini (MHI)..yela,nak nyanyi2 kecik time pagi2 ni,tobat suara tak keluar..dari aku dok bosan iron baju sorang2,baek aku dgr Ally Iskandar & the geng membebel2 kan??so,adala satu ketika tuh,dorang bercakap2 pasal penggunaan fesbuk di serata dunia nih..untuk pengetahuan korang,rakyat Malaysia merupakan pengguna fesbuk paling aktif seantero dunia..ranking nombor satu ok~diikuti dengan penggunaan kat Russia..terkejut badaks aku..aku ingat,penggunaan fesbuk kat USA @ UK @ Israel @ yang sewaktu dengannya yang ranking nombor satu ni since pengasas fesbuk pon dari sana..salute sama rakyat Malaysia..termasuk akulah tuh..keh3...

nampak sangat rakyat Malaysia ni sangat ramah & suka berkawan kan??

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
pendek crita,hampir semua orang kat Malaysia ni mungkin tau akan kewujudan fesbuk nih..korang bayangkan lah..aku ada sorang kawan ni..masa penggunaan friendster sedang berleluasa pon, dia still tak minat benda2 rangkaian mencari kawan camni..tapi,bila adanya fesbuk,aku tgk,ari2 update status kat fesbuk..sampai nak makan apa pon dia update..hebat~:)

kalau korang jenis pembaca blog yang tegar,mesti korang perasan,kebanyakkan penulis blog pon dah membincangkan isu berkaitan fesbuk samada negatif atau positif..sebenarnya,walopon aku agak aktif berfesbuk nih,tapi aku terpanggil nak komen sket pasal pengguna2 fesbuk ni..bagi aku,fesbuk ni sebenarnya banyak positifnya klu xsalah guna..antara positifnya penggunaan fesbuk nih:

satu:::kita leh jumpa kawan2 lama yang dah terputus hubungan especially kwn masa tadika,sekolah rendah,etc.

dua:::klu bosan2 tak tau nak buat apa,dari kita melepak kat luar umah,baek kita maen games dlm fesbuk nih..contohnya farmville,mafia war dan byk lagila..kreatif sungguh dorang nih..

tiga:::bleh tau latest perkembangan pasal kwn kita..contoh,dia dah kawen ka,brapa org anak dia, apa kerja dia skrg nih,etc..banyak jugak org guna fesbuk ni nak jempot kawan2 dtg ke kenduri kawen dorg dan sebagainya..sekarang ni pon,nak pos kad kawen pon,kosnya melebihi hantaran kawen kot..:)..mudah kan??


empat:::korang leh guna fesbuk untuk promote bisnes korang..contohnya yang aku slalu kena tag psl bisnes kawan2 ni,macam baju baby (dorang tau ka tak aku xkawen nih??hehe..),tudung & shawl, patch buang toxin, wedding photography dan banyak lagilah..kekadang kita rasa tak perlu pon dorang nak promote bisnes dorang kat kita..tapi cuba pikir dlm jangka masa panjang..mungkin satu hari nanti,kita bakal memerlukan khidmat bisnes dorang ni kan??maklumlah,segalanya dihujung jari skrg ni..

lima:::mak bapak yang pandai guna fesbuk nih,dorang leh pantau kegiatan anak2 dorang..canggih tol mak bapak sekarang kan??


banyak jugakkan kelebihan fesbuk nih..tapi ramai jugak yang dah salah guna kelebihan fesbuk nih..klu sebelum ni entry aku ada yang berkaitan psl 'FIVE THINGS I HATE THE MOST' tu kan??kali ni aku nak habaq mai 3 things i hate the most about facebook user...kiranya,bila aku jumpak pengguna2 ni,aku rasa cam nak nk suruh dorang tobat nasuha ja..menggeletik tol aku..tak tau la klu korang pon rs apa yg aku rs..tp, klu tak rs annoy dgn golongan yang aku x brapa nk berkenan ni,mmg tabik spring kat korang..tahap cool diri korang sgt tinggi la kot..hehehe...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

GOLONGAN PERTAMA

"golongan yang so called open minded la sgt.."

senang crita,golongan ni terdiri daripada dorang2 yang suka menunjukkan aset dorang yang tak seberapa tuh..suka sgt pakai dedah sana,dedah sini..pastu tangkap gmbr terjelir2 lidah..konon seksi & comella sgt..siap berpeluk2 dgn kaum berlaenan jantina..pendek cerita,bangga nak tunjuk kejahilan diri sendirik...aku bukan anti dgn orang yang suka bersosial nih..in fact,kwn2 aku ramai ja yang tak tentu hala agama dorang nih,contoh g clubbing la,'minum',buat hubungan terlarangla,etc..tapi,kitorang still kamcing..cumanya,bagi aku dorang pon dah besar..bukan xpenah belajar agama pon ms sekolah2 dulu..nak bersosial tu,gasak dorang la..tapi,haruslah nak update & upload semua aktiviti 'soo sial' dorang dalam fesbuk kan??buat semak update news feed aku jah..klu badan tu solid cam jessica alba,muka tu gebu cam artis2 korea,sedapla gak nak tgk dorang punya seksi tuh..bagi aku,dorang ni mungkin masa amek sejarah PMR @ SPM dulu tak berapa nak score kot..tahukah anda,zaman purba kala batu logam dulu tuh,nak lagi tepat,zaman Tasaday dulu,orang2 masa tu pakai sejibik cam dorang pakai..semua tak cukup kaen..so,camnala dorang leh claim, dorang ni so up to the date about fashion, lifestyle, etc??move on la..penat kita majukan negara kita nih..takkan la kita nak kembali ke zaman dulu2 kala kan??zaman purba plak tuh..

GOLONGAN KEDUA

"golongan yang suka hentam orang laen punya update status.."

lebih tepat lagi,golongan yang suka carik gaduh dengan orang laen..apa masalah dorang pon aku tak pasti..mungkin dah takda keja sgt kot..cuba dok diam2,maen farmville ka,mafia war ka,petville ka..ini tak,pantang nampak orang update apa2 kat status tuh,mesti nak buat komen yang menyakitkan hati orang..contoh,ada sekali tu,aku tulis kat status aku:

"love it when u called me MARLYSA.."

pastu,adalah sorang kawan aku ni ckp:

"jiwang gila ko nih..relek2 sudah.."

demm~penah jugak sekali tu,aku niat nak bergurau2 ja dgn sorang minah nih..member kamcing aku la jugak..kitorang berdua ni mmg dah slalu sgt gurau2 laser nih..so,klu dia laser2 aku pon,aku xpenah la nak terasa..sbb tau dia bergurau..so,satu hari tu,aku pon tinggalkan la komen kat gambar dia, yang aku rasa biasa ja untuk umor baru 24 tahun masa tu..:


"amboi,apsal berkerut sgt tuh??angen andartu dah datang la tuh.." (24 tahun dah ada pakwe = andartu..sgt tak logik la kan??)

mmg sah2 nampak aku maen2 ja..pastu,adala sorang mamat yang konon grad oversea la sgt,dah hentam aku..


"woit helda,agak-agakla nak komen pon.."


skali lagi,demm~

GOLONGAN KETIGA

"golongan yang tak tau malu.."

aku rasa korang pon dah leh imagine bila aku ckp psl golongan tak tau malu nih..bg yang tak dpt tangkap apa yg aku ckp nih,maksud aku utk golongan tak tau malu ni adalah, khususnya kaum2 wanita yang suka sgt mencanangkan rasa hati,kasih sayang dorang kat lelaki yang dorang minat @ suka..klu canang tu kat wall fesbuk sendirik,takpa la jugak..ini abes dia 'conteng' wall lelaki2 tu..klu couple2 ni dok bermanja2 dalam fesbuk nih,aku mmg xheran langsung..standard la kan,orang tgh bercinta..ini takda gempa bumi,takda tsunami tetiba abes satu dunia tau ko minat kat mamat tuh..tak nmpk cam terhegeh2 ka??jual la mahal sket cik kak..kasik tunjuk sket kat mamat tu & org2 laen yang ko pun punya harga diri..nak suka tak salah..in fact klu ko nak kasik mamat tu tau ko suka kat dia pon tak salah..tapi pandai2 cover line..mungkin ko leh ckp belakang tabir ja..takyah la kot gi canang2 kat orang..bukan apa,ko jugak yang malu nanti klu si lelaki tu rejek terang2..aku pnah sembang2 dgn kawan laki aku psl pompuan yang ngorat dia secara terang2an dlm fesbuk nih..dia ckp:

"aku mmg dah tegor dah pompuan tu,jgn dok ucap sayang2 dlm fesbuk aku..aku tak suka..bukan apa,nanti dia jugak yang malu.."

"ko ckp ja ko tak suka,ntah2 ko dah mengayat dia sampai dia angau semacam.." (aku back up lagi pompuan tu walopon aku rs sgt annoy dgn kegedikannya mengorat kwn aku nih..)


"mana ada aku layan dia..betoi..sampai opismate aku pon tegor apsal dia jiwang sgt.."


"klu camtu,maksudnya pompuan tu mmg nk ckp kat orang yang dia dah booked ko..dia nak suh pompuan laen back-off.."


"memang dia ckp camtu pon.."


"erkk..."

aku speechless~tabik spring aku sama itu pompuan sbb keberanian dia menggedik itu..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
kesimpulannya kat sini, aku bukan nak kutuk2 org yg guna fesbuk ni..sbb aku pon pengguna fesbuk tegar gak..kekadang tuh,adala kawan aku complain,dia sampai rimas perut tgk ada orang yang msk sambal tumis udang pon,nak tulis dlm status dia..dah kenyang pon,tulis jugak..nak tido pon,dia announce kat org..tapi,seriously, aku takda masalah ngan org2 yang camni..itu hak dorang..cuma klu korang tergolong dalam golongan 3 kat atas ni,terus terang aku ckp,aku nyampah tol~tp, klu korang rs:

"pedulik apa aku,ada aku kesah?"

teruskanlah aktiviti korang tuh..ini cuma pendapat akula tentang golongan2 yang dah menyemakkan fesbuk orang laen..bak kata girlfriend kartun animasi DETEKTIF CONAN:

"wanita semakin cantik apabila berahsia.."

so,renung2kan lah...takyah la kot korang tunjuk keseksian & kejahilan korang kat org ramai..simpan untuk diri sendirik dahla..tak yahla jugak korang nak attack fesbuk sesapa sbb tak bestla gaduh2 ni..dan klu bleh,tak yahla nak canang kat orang sapa kita suka sbb pemalu itu tanda kita ni orang yang beriman..amin~ tak pon,tulis ja kat wall fesbuk sendirik betapa korang sayang kat orang tuh..takyah conteng2 wall orang..akhir kata,aku mintak ampon mintak maap klu ada yang terasa & tak suka dgn entry aku ni..tapi ada aku kesah??blog ini,aku yang punya..kehkehkeh..

"Maybe the deepest part of who we are is what scares us or breaks our hearts and we don't want to share that with anyone and when we do, we don't want to lose those people."


Thursday, October 28

keunikan langkawi~

pernah datang langkawi??rugi tol korang2 yang tak penah dtg sini..klu korang nak tau,aku pindah dr jitra,kedah ke langkawi ni masa aku umor 8 thn..masa tu tanah merah lagi..memang langkawi masa ni mundur gila2..kosong ja..mcm padang jarak padang tekukur..orang2 tua sini ckp,sumpahan MAHSURI baru ja tamat..ntah betoi ntah tak..nway,aku bukan nak cerita pasal mahsuri & keturunannya..tapi aku nak tunjuk kat korang betapa chanteknya langkawi ni..pembangunan kat sini mmg laju gila..sgt kejap langkawi ni membangun..klu tak,takda la org nak bg title PULAU LANGKAWI BANDARAYA PERLANCONGAN..ada bandaraya ok~nak capai title bandaraya ni bukan senang..tak silap aku pendapat satu2 tempat yang nak title bandaraya ni,kena lebih dr certain2 amount (aku tak hengat exact amountnya)..baru leh dapat..tanpa membuang masa lagi,aku pertontonkan keunikan langkawi truly asia ni..layan~












sebenarnya banyak lagi aku nak tunjuk..tapi tak acila plak aku rasa..sbbnya korang kenala datang sini..baru best nak menikmati keindahan kat sini..jgn ingat Australia ja ada Mauritius..langkawi pon ada ok~just let me know klu korang nak dtg sini..idok ler aku mampu nak tanggung perbelanjaan korang kat sini dan sewaktu dgnnya..tapi yang pasti,aku mampu la klu nk suh jadi tourist guide..free of charge~:)

aku kena pukau??

baru-baru ni,aku ada tgk Malaysia Hari Ini (MHI) kat tv 3 yang tengah sembang2 pasai pukau..salah sorang panel tu ckp,klu kita ternampak/terperasan kawan kita mcm terkena pukau,bagi dia minum air limau..InsyaAllah,yg terpukau tu akan tersedar..tapi,korang tau ka tak apa tu pukau?maen sebut ja..setahu aku,pukau ni adalah satu ilmu atau teknik yang omputih panggil hypnotism. ilmu hypnotism ni digunakan utk menguasai orang laen..camna dorang buat,itu mmg aku tak tau..setakat pukau orang dengan ke'cun'an aku ni,bolehla..hahahahaha...

nway,sebut psl pukau ni,tetiba aku tringat..aku mcm pnah kena pukau..tapi bukan kat Malaysia..kat negara yang mmg Al-Quran itu bahasa dorang..Egypt.. klu korang perasan pon,kes2 pukau kat negara kita pon byk dr orang luar kan??so,camna aku kena pukau & aku sedar ka tak masa aku kena pukau tuh??jawapannya,aku mmg tak perasan pon aku kena pukau..yg aku tau,duet dlm poket jaket aku hilang..beratus US dollar ok..duet2 kawan aku yg suh aku tukar ke egyptian dollar..kes dia camni..silap kitorg gak,kitorg kira duet2 yg nak tukar tuh kat restoran hotel kat tingkat atas skali..abes kira tuh,aku turun ke lobby dgn kawan2 aku..kat lobby,aku check duet tu ada lg dlm poket aku..tetiba kwn aku ajak teman dia naek ke bilik sbb dia tertinggal barang..masa kitorg naek lif tu,ada 3 org lelaki arab dewasa,termasuk pakcik yg jg lif..


gambar kenangan aku kat sana..dgn bebudak arab..

masa tuh,aku mmg peluk abes poket jaket aku tuh..yela,takot gk tercicir duet tuh..ms dlm lif tu,kitorg mmg borak2 dgn org arab tuh,tp aku mmg tak tgk mata2 dorg..aku kan pemalu..kiranya aku mmg sedar apa yg berlaku dlm lif tuh..sampai bilik,amek brg,kitorg trun balek..bila lecturer mintak duet tuh sbb dia nak tukarkan,aku nak bg la..aku seluk poket amek duet2 tuh..kat aku ada note 5 USD, 10 USD & 50 USD..total dlm 500USD gak kot..sbb kitorg ramai..dekat 44 org yg g Egypt tuh..utk kerja kursus kitorang..utk pengetahuan korg,setiap note USD tu..HILANG..kiranya 65 USD da lesap..cuba convert duet kita..byk gk tuh...klu tercicir,tak logik..sbb aku susun duet2 tu ikot angka USD,bukan berterabur..tapi camna setiap note bleh ilang..budak Al-Azhar ckp,aku da kena pukau la tuh..aku sedar,tapi aku tak sedar..camna tuh??aku pon pening...dia ada tanya aku,g memana tak yg ada org arab..kat tmpt yg tertutup ka...aku ingt kat lif tadi ja la..xda tmpt laen da aku g..takpala..takot nak tuduh..mungkin takda rezeki kitorg..lagipon takat pukau2, kat sana standard cam org Malaysia suka makan McD..biasa sgt..apa2 pon,sekali lagi..orang ckp baca surah Qursi byk2..mungkin aku kurang baca kot dulu..
..Insya Allah kita akan dilindungi..amin~

Tambahan sedikit. Berikut adala beberapa bacaan dari al-Quran yang boleh dijadikan amalan (bacaan harian) bagi mencegah dan merawat sihir sebagaimana yang pernah di syarahkan oleh bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh.

1. Surah al-Baqarah : 255 / Ayat Kursi

: {اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ} [البقرة 255].

2. Surah al-’Araf : 117 hingga 122

{وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ، فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ، فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ، وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ، قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ، رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ} [الأعراف 117-122].

3. Surah Yunus : 79 hingga 82

{وَقَالَ فِرْعَوْنُ ائْتُونِي بِكُلِّ سَاحِرٍ عَلِيمٍ، فَلَمَّا جَاء السَّحَرَةُ قَالَ لَهُم مُّوسَى أَلْقُواْ مَا أَنتُم مُّلْقُونَ، فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ، وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ} [يونس 79-82].

4. Surah Tha Ha : 65 hingga 70]

{قَالُوا يَا مُوسَى إِمَّا أَن تُلْقِيَ وَإِمَّا أَن نَّكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَلْقَى، قَالَ بَلْ أَلْقُوا فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيُّهُمْ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِن سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَى، فَأَوْجَسَ فِي نَفْسِهِ خِيفَةً مُّوسَى، قُلْنَا لا تَخَفْ إِنَّكَ أَنتَ الأَعْلَى، وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى، فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى} [طه 65-70].

5. Surah al-Kafirun

{قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ، لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ، وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ، وَلا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ، وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ، لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ}.

6. Surah al-Ikhlas

{قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، اللَّهُ الصَّمَدُ، لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ}.

7. Surah al-Falaq

{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِن شَرِّ مَا خَلَقَ، وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ}.

8. Surah al-Nas

{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ}.

Petikan : Majmu’ Fataawa Samaahah alSyeikh Abdul Aziz bib Abdullah bin Baaz : Fatwa Aqidah - 2. susunan Dr Abdullah bin Ahmad al-Thayyaar. Riyad : Daar al-Watan, 1995. ms 649.

dipetik dari :
http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/01/cara-elak-pukau/

Wednesday, October 27

five things i hate the most~

pergh..omputih abes tajuk entry aku kali nih..gempak tak??kehkehkeh..memula memang aku nak bantai tulis omputih dah entry kali ni,tapi sebab bulan ni BULAN BAHASA KEBANGSAAN,terpaksala aku pendamkan niat aku tuh..(konon la sgt kan??)..hihihi..


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
sebenarnya,aku tak tau nak tulis apa dah nih..tapi sbb kawan2 aku dah paksa suh tulis gak,meroyan gakla aku nak cari bahan...itula korang...mak suh kawen awal2 takmo..sekarang bila da boring taktau nak buat apa, mula la paksa orang tulis blog..klu korang kawen skarang ni,malam2 dah boleh layan laki korang..kehkehkeh..jangan marah na kawan~nway,aku nak habaq mai kat hgpa 5 benda yang aku paling meluat betoi..mana tau selera kita sama kan???

#1 I HATE THE MOST~


"bila aku cakap elok-elok,korang balas kurang hajaq punya.."

yala..ingat aku ni baek sgt nak ckp lembut2 dgn org??manja aku ni si dia ja leh rasa tau..kehkehkeh..korang pon mesti bengang kan bila ada orang ckp kasar2 dgn korang??ckp elok2 tak reti ka??cakap elok2 kat sini,maksudnya alunan suara tu takyah gedik tahap mengada2 sampai leh cair taik telinga orang yang mendengarnya..cukup sekadar cakap dgn nada yang berhemah..klu nak orang respek kita,kita kena respek kat org dulu kan?contohnya,adala sorang kawan pompuan aku ni..nak ikotkan,aku tak brapa berkenan sgt dgn dia ni..tp sbb kesian,memana dia ajak pegi,aku ikot ja..dia ajak jogging pon,aku yang memang pemalas tegar nak berjogging ni,ikotlaa..demi kawanla konon..so,ada satu hari ni,dia dah ajak aku soping..aku on ja..tetambah bab2 nak soping ni kan..alih2,bila sampai hari & masa yang ditetapkan,bila aku tanya dia:


"kawan,jadik tak nak soping ni?pukul brapa ko nak aku tunggu?"


"ko nak soping dgn apa?daun?gaji aku pon tak masuk lg.."

demm..ko yang ajak aku dulu,tapi bila aku tanya,ko leh ckp nak soping dgn daun??takleh ka ckp elok2,sorila,tak jadik..gaji aku tak masuk lg..nway,tobat aku tak teman ko dah..



#2 I HATE THE MOST

"bila aku jumpa dgn spesis talam dua muka.."

korang tau tak,apa itu talam dua muka??bukan sejenis kueh yg org panggil tepong talam tu tau..keh3..spesis talam dua muka ni,senang ckp hipokrit..depan kita baek..belakang kita,kutuk kalah mak gayah jongang belakang umah tuh..peribahasa melayu ckp,pijak semut tak mati..punya halus kekejian dia tuh..contohnya,adalah sorang hamba Allah ni dah ckp kat aku,ada orang kutuk2 aku..aku menten lagi..sbb bg aku,itu masalah & hak peribadi seseorang klu tak suka kat sesapa..tapi dekat pihak sebelah sana,hamba Allah ni ckp aku plak kutuk dorang..bagero tol~rasa nak tenyeh2 ja jerawat kat muka dia tu dgn sabun sental DAIA..pastu bilas dengan softener SOFTLAN..iskh..benci tol~

#3 I HATE THE MOST~

"bila mak aku suruh lipat baju.."

mak,serius cek cakap..mak suruh la cek buat apa2 pon,sapu sampah,sental dinding toilet,jaga ADAM
(anak sedara aku yang comelsnya sejibik cam aku) dan lain2,tapi taktau knapa cek surrender sungguh bila mak suh lipat baju..rasa nak nanges pon ada...

"eda,cepat ni lipat baju..dah sejuk dah pon baju2 nih.."

"ye makk.."

lemah ja aku jawab..klu bantah,kompem seminggu bergaduh..kehkehkeh..tapi rindula plak klu tak gaduh ngan mak aku..:)


#4 I HATE THE MOST~

"bila kena tunggu orang lebey dari 30 minit.."

senang cakap,aku benci tol bila jumpa dengan org yang tak punctual ni..aku ni,idokla punctual sgt..tp takdala plak klu nak kasik org tunggu lama2 sampai 30minit ke atas..tetambah klu orang tu tgh letey or baru sampai kat memana stesen & dia suh aku amek...klu lambat sgt tu,selalunya bersebab..tapi klu dah tiap kali janji,mesti lambat dekat 1jam lebey,mau tak masak gunung berapi kat benua utara hati aku nih..contohnya,aku adala sorang kawan ni..kawan ngan dia mmg leh kata enjoice abes~tapi,bab2 nak buat janji dgn dia yg aku paling lemah skali..penah sekali,aku datang jauh2 dr utara ke kolumpo nun..dahla letey giler naek bas yang kalah freezer tu,bila nak sampai dah stesen LRT umah dia,aku pon:

"yang, i dah nak sampai stesen LRT nih..."

"ok2..noted"

alih2,dekat sejam lebey aku tunggu,tak nampak pon batang idong dia..since aku ni dtg kolumpo, mintak tolong orang plak tu, aku diam ja..tapi,nak terlucut jugakla bulu kat tangan aku ni,aku sental sbb tahan geram..bila datang,lehla dia buat muka seposen:

"sori..jammed tadi.."

demm~typical excuse orang KL slalu bagi..

#5 I HATE THE MOST~

"bila aku dah mula jatuh cinta.."

hahahaha..pengakuan berani mati aku nih..tapi,korang tak rasa ka betoi apa yang aku rasa nih..bila kita dah start jatuh cinta,jiwa jadik kacau kan??buat tu tak kena..makan tu tak kenyang..mandi 2,3 jam tak basah..serabot tau otak nih..asek teringat-ingat ja..kekadang rasa nak nanges pon ada sbb asek terbayang ja..contohnya,ada satu hari tu,aku g shopping complex..jalan punya jalan,aku ternampak kedai SEMBONIA..pergh..meletop abes kasut & beg dia..aku rasa aku dah jatuh cinta..

"pergh..chantekla beg tu kak.."

"apa lagi,dah berkenan tu,beli ja la..nanti terbayang2.."


aku tak beli lagi..tgk harga la beb..dekat RM300 tuh..nak beli boleh,tapi kompem kena sembelih dgn mak aku..tapi mcm mana ni..asek teringat ja..alih2,dengan hati yang tekad,esoknya aku pegi lagi...angkot trus..sebab tu aku cakap,aku tak suka bila aku dah jatuh cinta..kahkahkah...

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
kesimpulannya,apa2 pon yang kita rasa kita meluat or benci kat seseorang @sesuatu,cuba2lah kontrol diri kita ok~ini aku nasiihatkan utk diri aku sama..sbb aku punya baran pon,leh tahan gak..still learning how to control it~

"Never give up on something that you can't go a day without thinking about. "





Related Posts with Thumbnails

::smile:::