Thursday, May 26

tiada manual dalam cinta~

tajuk jiwang tak bleh blah kan??hehehe..nak buat camna kan..tajuk cintan-cintun ni la yang banyak jadik dalam hidup kita..dunia ini bosan tanpa cinta..perghh...meletop mak punya statement,nok..tapi,betol la kan??busan la hidup kita ni klu semua jenis kayu ja..takda bengkang-bengkok,takda bunga-bunga..daun ja..sejak bila ku pandai bersastera ini,sila jangan tanya..kehkehkeh..back to our topic,tiada manual dalam cinta..korang setuju tak??klu orang tanya kat aku apa-apa permasalahan yang berkaitan hati & perasaan ni,aku memang tak pandai nak jawab..so,nak jadik kan cerita,satu hari ni, ada minah tanya aku..

"helda,camna nak tau laki tu suka kat kita?"

erkk..camna nak jawab tuh??mana ada buku rujukan pon kat kedai-kedai yang dok bincang pasal benda-benda ni kan??klu nak harap pengalaman-pengalaman orang yang bercinta ni,tak leh gak..sebab semua orang laen-laen caranya nak respon & handle benda-benda yang berkaitan hati nih..ada orang cakap,klu laki suka kat seseorang pompuan tuh,dia cakap direct ja..ada gak yang suka bagi hint ja..ada gak yang terus gi masuk minang pompuan tuh..tapi ada jugak laki yang saja nak test power,bukan suka betul-betul pon..kesimpulannya,takda sapa-sapa pon ajar dorang teknik-teknik ni..aku rasa,semua ikot gerak hati ja kan??so,memang takda manual or bahan rujukan untuk dorang..


memandangkan aku ni wanita dewasa yang normal seleranya, aku pon tak terlepas dari hal-hal hati & perasaan ni..mati aku kalau kawan-kawan paparazi aku baca entry nih..sebenarnya, secara peribadi, aku teringin sangat nak cakap, lelaki sangat menakutkan sebab kita tak tau apa yang ada di dalam lubuk sanubari dorang..uhuk..uhuk..:) ada lelaki yang jujur dengan luahan hati dorang untuk perempuan yg dorang suka..tapi, ada jugak laki yang tak pasti apa sebenarnya yang dorang suka dan nak..dan lagi parah ada jugak lelaki yang suka-suka nak buat luahan hati dorang tanpa memikirkan kesannya dekat orang yg menerima luahan dorang tu..berbelitkan ayat aku?sila paham sebab aku mengarang pukul 258am okay~

senang cakap,memang takde manual yang boleh dirujuk kalau ada masalah cinta ni,samada untuk lelaki atau perempuan..perempuan tak paham lelaki,lelaki tak paham perempuan..cuma,sebagai kaum hawa, aku hanya nak bagi sedikit peringatan kepada korang..jangan mudah terima luahan hati memana lelaki,ok?apa yang mak-mak kita cakap,jangan letak 100% kepercayaan kat lelaki selagi tak kawen,betul sebenarnya..nak percaya boleh,tapi elok sket kot klu korang rasa 30% ragu-ragu..tak kira sayang macam mana pon korang kat mamat tu..cuma mungkin sesetengah perempuan sangat beruntung bila dia takyah pening-pening nak pikir:

"betul ke laki ni suka kat aku?"

"serius ke dia ni?"

"kejap cakap sayang, kejap mintak putus.."

**************************************

Dalam mencari korang punya Mr./Mrs. Right,tak dapat dinafikan,korang mesti akan berjumpa dengan Mr./Mrs. Wrong.melainkan korang memang orang yang sangat bertuah,sekali cari terus jumpa Mr./Mrs. Right korang..Setelah kajian dibuat(hahaha..),aku rasa kalau korang da jumpa ciri-ciri laki kat bawah ni,mungkin itulah Mr. Right korang.

"if u think, he's worth fighting for, then go for it..."
  • jaga solat dan lain-lain amalan sunat - solat itu tiang agama..kalau orang yang diharapkan untukt bimbing korang dunia akhirat tak jaga solatnya,macam mana dia nak jaga korang..betul tak?
  • ada ciri-ciri pemimpin - ciri ini sudah semestinya..laki akan lebih dihormati kalau dia yang lead hubungan tu dan boleh buat keputusan.nampak sangat macho! hehe..
  • boleh terima diri korang seadanya - baik buruk korang dia terima..dia tak jadikan keburukan korang sebagai alasan untuk putus atau cari pompuan laen..
  • berfikiran terbuka - tak bermaksud korang buat salah,dia suka..berfikiran terbuka kat sini,dia tegur bukan menghentam kesalahan yang korang buat yang wajar diperbaiki.
  • happy go lucky (ada sense of humor) - senang nak bawak majlis ni//
  • bekerjaya - penting ni..nak idup sampai hujung nyawa,kena ada duit..
  • penyabar - tak bermaksud kalau dia penyabar,korang leh buli sesuka hati..lelaki nampak cool kalau dia penyabar kan??
  • jaga tangan dia - kiranya takde la gatal-gatal nak pegang tangan korang
  • confident - dia yakin dengan korang..apa-apa halangan yang datang,dia tetap yakin koranglah orang yang dicari..
  • keupayaan fizikal melebihi dari korang - senang nak angkat korang masa tangkap gambar kawen tepi sawah padi kan?hehe..
dipendekkan cerita, manual dalam bercinta ni,banyakkan toleransi..omputih cakap give and take..baru keserasian tu akan muncul..jangan asek nak kena ikut cakap korang je & bila bertengkar, korang je nak menang..cuba berlagak dewasa,insyaAllah hubungan tu sampai ke jinjang pelamin..walla~bijak tol aku berkata-kata..=) Doalah banyak-banyak dan semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya..kalau tak dipermudahkan,mungkin itu bukan jodoh korang atau korang sendiri tak ready nak kawen lagi..


bagi aku,kalau korang dah jumpa orang yang betul-betul korang sayang,tak kira macam mana pon keburukan dan kelemahan dia yang korang nampak dan tak suka,mintaklah petunjuk dekat Allah S.W.T..hanya Dia pemilik manual cinta yang teragung..korang boleh baca doa ni:

"ya Allah sekiranya dia, (sebut nama 3X) diciptakan untukku, maka satukanlah hati kami dan mudahkan tiap urusan bagi kami, namun jika bukan dia untukku maka jauhkan dia dari tiap urusanku..dan temukan diriku dgn yg lebih baik..sesungguhnya kepadaMu ku berserah ya Allah.."

kepada kawan-kawan yang tak jumpa Mr. Right lagi,

"don't worry if you're single.Allah's looking at you right now,saying "I'm saving this girl for someone special.."

Assalamu'alaikum..=)

2 comments:

Anonymous said...

haha...

ryan's mommy said...

wallawe... cayalah... go go gurl...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

::smile:::