Thursday, November 11

kentut oh kentut...

Nak tanya sket..korang kerap kentut tak?hehehe..mungkin kedengaran sedikit tidak senonoh, tapi aku ada crita pasal kentut ni..klu tak sanggup nak baca,abaikan entry nih..tp klu terasa nak tau tips2 nak cover dr malu klu korang terkentut depan orang,truskan membaca..hehehe...

PAKAR Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. So,korang takyah nak malu kalau terkentut. Setiap orang pernah merasa kentut. tanpa kentut, korang sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan..tipulah klu korang cakap korang tak penah kentut kan??kan??hehe..aku ada cerita pasal kentut ni..dulu, aku bersekolah dekat sebuah sekolah yang mengamalkan tradisi convo ala-ala kat universiti bila dah tamat pengajian menengah rendah..so,masa ni,aku baru form 3 dan kitorang ada rehearsal nak amek 'ijazah' untuk convo esoknya kat dewan..susunan penerima 'ijazah' ni,dorang susun ikot abjad nama kita..didahului dengan huruf A smpaila ke Z..nama aku kan start huruf M,so, korang leh bayangkan,nama M ni kan ramai dikalangan bdk2 laki...muhammad @ mohammad @ muhd @ mohd..dikalangan kumbang2 tuh,akula bunga yang mewarnai barisan tuh..cehh..nak dijadikan cerita,masa tgh beratur nak tunggu cikgu kat depan tu susun2 barisan,tetiba aku dapat rasakan seperti ada pergerakan angin ribut el nino dlm perot aku ni..adoii..saketnya perotku~jujurnya,aku memang rasa nak terkentut ya amat masa tuh..aku berpikir:


"kalau nak g toilet,tak sempat nih..barisan panjang gila..nanti berlaga abes ngan budak-budak laki ni..dengan konsep nerd terunggul aku ni,mustahil tetiba aku kuar dari barisan sbb nak kentut ja..mesti orang pelik tetiba aku berdiri sorang2 kat tgh2 car park tuh.."

tgh dok berkocak jiwa raga nak pikir camna nak buat nih,tetiba angin el-nino aku terkeluar dari sarang persembunyiannya..korang penah dengar tak pasal fakta tentang kentut yang tidak mengeluarkan bunyi,tapi baunya...masyaAllah..tengik tahap dot dot dot...perghhh..legaaaa~tetiba bdk laki depan aku tegor:

"woit,sapa kentut nih??!!"

since aku ni memang dikenali dengan nerd terunggul,takda sorang pon syak aku la pelakunya..keh3...alih-alih,budak yang tegor dulu tu kena..hahaha..sori kawan~

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

benda ni jadi masa aku dah masuk UIA Gombak..korang pon mesti tau kan, architecture student ni, hidupnya tak menentu..kalau balek pukul 2-3 pagi tu,dah biasa sangat-sangat..kadang-kadang tu,tak balek trus..tido terus kat studio..so,satu hari tu,aku-shal-ngan sorang kawan nak balek asrama lah..sebab dah ngantok gila..malas nak tido kat studio..berjalan kaki la kitorang 3 orang ni merentas department architecture & engineering dalam pukul 1 pagi klu tak silap aku..kitorang memang selalu dengar crita pasal department engineering ni sangatlah keras..sesapa yang bernasib baek, memang akan terserempak makhluk-makhluk yang bisa membuatkan kaum wanita mengeluarkan pitching yang sangat tinggi..dalam erti kata laen, hantu la...tetambah kalau lalu dekat kawasan pokok besar kat car park tuh..

nak jadik crita,masa kitorang lalu betol-betol kat pokok besar tu, kawan kitorang yang sorang ni, tetiba berenti jalan..selaku penakot tegar aku & shal nih,apa lagi..trus lari ke belakang kawan kitorang tuh..aku & shal memang dok terbayang dia dah nampak hantu..

"kenapa weh...ko nampak apa??" (masa ni aku & shal dah terduduk dah kat belakang kawan kitorang nih..)

"weh, awat ni??janganla dok belakang aku..mana ada nampak apa-apa"

"dah tu, yang ko tetiba berenti nih knapa???"

"aku nak terkentut la..kalau jalan kentut aku tak keluar..hehe.."

demmm~

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

ada sekali tuh, kitorang lepak-lepak ja dalam bilik..malas tol nak keluar..tak lama lepas tu,datang lah kawan kitorang yang memang buat lawak ja kejanya..ARUL namanya..memang enjoice suasana kalau dia ada..masalahnya,aku memang tak leh jumpa dengan dia..lagi teruk orang sekeliling kitorang parah gelak pecah perut..klu kitorang masuk rancangan Raja Lawak tu sebagai duo,kompem menang punya..hehe..so,nak jadik crita kitorang ni pon buatla lawak-lawak sengal..tetiba ada sorang kawan aku ni..

"weh,dah la buat lawak tu..nak terkentut aku gelak.."

mana ada orang kentut sebab gelak kan??ngarut tol minah nih..so,aku ngan arul ni up kan lagi lawak kitorang..

"dah la weh..nak terkentut betol nih..adoi..adoi..saket perut aku gelak nih.."

kitorang ignore lagi minah tu..up & up kan lagi lawak kitorang..tetiba..

"brrroooootttttt..."

perghh...baunya serius aku cakap..bau terbusuk penah aku bau..sampah pon tak bau camni..apa ko makan ni kawan..apa lagi,berterabur la kitorang lari..untuk pengetahuan korang,bau kentut dia ni, sampai melekat kat tirai bilik aku walopon dah dibiarkan selama 30 minit..dasat tak dasat??

kesimpulannya, kentut lah anda dimana jua anda berada..hahaha..tapi pepandaila cover yerk..selalunya orang kentut kat dalam toilet..tapi takot plak bergema bunyinya..melantun-lantun plak nanti..so,apa kata klu terasa nak kentut,korang masuk dalam selimut,then kentut puas-puas..pastu kibar-kibarkan la selimut tu bagi keluar bau sedikit demi sedikit..kehkehkeh...selamat mencuba~ :-D



"It's better to keep your mouth shut and give the impression that you're stupid
than to open it and remove all doubt."

Sunday, November 7

anak emak~

balek ja keja,mesti aku bukak komputer kesayangan aku nih..sampai mak aku cakap,rindukan komputer lebih dari rindukan dia..kehkehkeh..so,bila dah bukak komputer tuh,kompemla aku bukak fesbuk dulu..tgk notification yang terkini..maklumla,orang bajet glemer ni..dalam dok sebok menyemak aliran keluar masuk komen aku & kawan aku dalam fesbuk,tetiba adala sorang kawan aku,buzz aku.. itu yang bestnya fesbuk nih..chatting pon bleh..sambung crita yang kawan aku buzz aku tuh..so,macam-macam la kitorang dah borak..dari hal-hal berkaitan baju, kasut, beg, kawan opis, gosip ayu raudhah & zaquan sampaila ke pakwe dia nih..itu la yang kemuncak nya pon kan??pompuan ni,klu sembang,tak ke mana punya..mesti selit hal-hal lelaki..tak yah la korang buat-buat tak ngaku..kehkehkeh...kawan aku ni dah mengadu something pasal pakwe dia..dia cakap:


"aku nyampah tol pakwe aku tuh..semua benda nak cerita kat mak dia.."


"dia cerita apa kat mak dia?"


"ada ka patot dia cakap kat mak dia,aku nak makan sireh bertemu urat sebab nak cepat-cepat kawen ngan dia..ngek tol!"


"kahkahkah..ini mesti kes ko baca blog aku eh?"


"yela..mana lah tau,makan sireh tu leh kawen cepat..aku saja ja cakap kat dia nak makan..alih-alih dia gi report kat mak dia.."


"haha..pakwe ko ni,mesti anak mak kan?"

anak mak~memang semua benda dorang nak cerita kat mak dorang..mak dorang ni,lebih kurang cam diari peribadi dorang la..semua benda pasal dia, mak akan tau..contoh,dari hal-hal apa dorang makan,apa dorang pakai,siapa yang dorang jumpa hari tu,sapa yang dorang suka,dorang gaduh ngan awek, etc..pendek cerita luar dalam lah dorang ngadu kat mak dorang..manja kan??klu tak, takda orang keluar statement,kalau nak anak, tackle maknya dulu kan??hehe..


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
sapa yang tak tertarik klu lelaki tu berbudi bahasa, penyayang, pemurah, bertimbang rasa, bertanggung jawab, ikhlas & jujur kan??selalunya,ciri-ciri lelaki camni,mak dorang la yang dah didik dorang..dalam erti kata yang laen,kompem dorang ni mommy's boy..kehkehkeh..aku ada baca satu blog ni..dia cakap,menurut Kaunselor Berdaftar Universiti Malaya,Hushim Salleh :

" ‘anak emak’ boleh mendatangkan kesan positif apabila anak berkenaan mengambil berat dan menghormati ibunya itu, sesuai zahirnya yang perlu bertanggungjawab menjaga ibu apatah lagi sekiranya ketika itu beliau masih belum mendirikan rumah tangga. Ia mungkin bukan masalah apabila lelaki masih lagi bujang, bagaimanapun, konsep ‘anak emak’ boleh mendatangkan kesan negatif dan konflik boleh terjadi apabila anak berkenaan sudah menjengah alam rumahtangga dan menjadi seorang suami ‘anak emak’ kepada seorang wanita. "

korang paham tak?maksudnya,memangla anak emak ni bagus..tapi kekadang boleh mendatangkan masalah kalau dorang terlampau melebihkan mak dorang especially bila dah kawen..aku pon ada sorang kawan lelaki yang memang kategori anak mak tegar ni..penah jugak aku tanya kat dia:

"ko dok crita semua benda kat mak ko ka?"

"ha'ah..knapa?ko tak crita ka kat mak ko?"

"aku?jangan harap lah..malu beb.."

kawan aku ni ckp,dia selesa berkongsi dengan mak dia..sampaikan aku ni pon,mak dia kenal..punya dasat tak dasat dia bleh crita pasal kawan-kawan biasa kat mak dia..berdasarkan pemerhatian aku,anak mak ni memang manja..kekadang cakap dengan pompuan pon,lembut ja..mungkin sebab dorang lebih memahami perempuan bila rapat dengan mak ni..sembang la apa-apa pon dengan dorang,dorang memang leh masuk..sebab tak nak syok sendirik tulis pasal anak mak ni,aku tanya gak kawan-kawan aku..apa yang dorang tau pasal anak mak nih..

"klu ko nak tau,anak mak ni bukan reti nak beli baju sendiri..semua harap mak..ntah-ntah,yang dalam-dalam pon mak yang beli.."

"anak mak ni sensitif la..cam pakwe aku..nyampah gak kekadang tuh.."

"adik laki aku tu,anak mak la..semua benda nak kena dapatkan kebenaran mak aku,baru dia buat..kekadang mak aku yang kena buat decision untuk dia.."

"anak mak ni yang pasti,dia bukan mak nyah.."

erkk~apa kaitan anak mak ngan mak nyah ni kawan..hahaha..lawak tol korang nih..apa-apa pon pendapat korang pasal anak mak,bagi aku, itu pendapat individu la kan..tapi bab-bab mak dia yang kena buat decision tu,aku agak sokong..sebab rata-rata yang aku jumpa anak mak ni,memang tak berapa confident nak buat keputusan sendiri..especially dalam bab-bab mencari jodoh nih..konon takot mak tak suka la,mak tak bagi la,itula..inila..padahal,belum cuba belum tau kan??ntah-ntah,mak dia relek ja..kadang-kadang, bahaya gak dengan anak mak ni..tetambah klu dia tu anak lelaki tunggal or anak bongsu..ikot ja apa mak dorang cakap..mak cakap A,dorang pon mesti A jugak..kiranya,klu anasir luar nak mencelah @ mempengaruhi anak mak ni,memang susah..sebab kat jiwa dia ada mak dia ja kot..so, memang tak mustahil la sesapa nak kat dorang ni akan selalu termakan hati..itu pendapat peribadi aku berdasarkan pemerhatian aku la..bagi aku, anak mak camna pon korang nih,pepandaila korang bahagikan kasih sayang korang antara mak korang dengan isteri @ awek korang naa..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
tapi,sapa cakap jadik anak mak ni tak elok??elok apa..macam adik aku tuh..sampai sekarang nak tido ngan mak..kamcing tak kamcing dia ngan mak aku??hehe..kekadang tu nyampah tgk..dah besar-besar pon nak manja lagi..tapi nak buat camna kan???mak pon memang manjakan dia..walopon anak mak ni orang selalu cakap bucuk-bucuk mak la, suka bercerita dengan mak la, keperluan asas mak kena sediakan la,keputusan pon mak kena buat la, terlalu mendengar cakap mak la, tak berdikarila dan macam-macam lagi..tapi bagi aku & mungkin korang yang laen, anak mak ni memang antara kawan lelaki yang baek untuk pompuan..tak bermaksud dia lembut auw-auw tu, tapi anak mak ni memang agak memahami hati pompuan..dorang ni jarang nak buat jahat sebab apa-apa dorang buat, mesti pikir mak dorang dulu..so, kepada kaum wanita yang memang 'berkawan rapat' dengan anak mak ni, korang kenala bersabar klu apa-apa hal pasal dia or korang, dia mintak pendapat & pandangan mak dia dulu..korang dah jatuh nombor 2..nak buat camna kan??


tapi, klu korang masih blur-blur samada korang ni anak mak ka tak bila baca entry aku ni, berdasarkan pemerhatian aku,tanda-tanda yang korang ni anak mak:

::satu::
korang rapat gilerr dgn mak compared to bapak korang

::dua::
semua benda korang crita kat mak dari hal kecik-kecik sampaila yang besar-besar..sket pon tak simpan

::tiga::
korang spesis yang terlalu bergantung pada mak..sampaikan calon bini pon nak 100% sejibik cam mak korang

::empat::
korang ni tergolong dalam golongan lelaki yang agak sensitif..sket-sket mintak pendapat mak

::lima::
tak gelabah sangat nak kawen sebab korang ada mak yang leh jaga korang better dari bakal bini korang

::enam::
melebihkan mak korang dalam segala hal sampai bini or awek korang terasa hati..

kesimpulannya, sinonimnya, anak mak ni dikaitkan dengan lelaki..selalunya,pompuan ni memang dah manja ngan mak dorang..so,orang tak heran sangat klu dorang rapat dengan mak..kategori mana pon korang,samada anak mak, anak ayah or anak sesapa, aku tau, korang semua sayang mak & ayah korang kan??walopon korang pon kaki bantah cam aku...hehehe...tapi, sayang camna pon korang kan mak & ayah korang, aku harap korang pandai-pandai manage especially bila korang dah kawen..jangan berat sebelah ok...:))

Thursday, November 4

my autobiography~

"My name is Marlysa Helda Rosly, and I was born on 18 February, 1984 in Kuala Lumpur, Malaysia. I was brought up in Langkawi, an exquisite island in the north of Malaysia. Ours is a family of six, made up of my mother, father, two sisters and a brother. The schooling years of my life were toughest, as I was selected to further my study in a boarding school since the early age of 13. I received my secondary education at MRSM Gerik, Perak from the year 1997 till 1999 and have completed the big examination of SPM in the year of 2001 at MRSM Beseri, Perlis, and the prestigious school professed a strong educational and ethical philosophy that has remained with me throughout my life. I attended International Islamic University Malaysia (IIUM) as a Bachelor Science in Architectural Studies student for three years studies. Being an architectural student has really broadened up my thought about how the environment design can help to harmonize the world. I believe creative and history are very important in creating a splendid environment in design. Malay traditional elements have really influenced me in doing my design. I sturdily believe, by preserving and implementing our culture and heritage, they will give the strongest impact towards our environment.

My career in architecture began smoothly and I was more than happy to grab the right opportunity for which I was waiting so long. As a 2007 graduate, I have about 2 years working experiences in architectural and construction field and almost 2 years working as an ICT coordinator. Working as an architectural- civil assistant, and 3D designer at JB Project Management gives me a brand new experiences in exploring the architecture world. Most of the projects were located at Holland, Morocco and Langkawi. For civil construction job, I have to prepare concrete and reinforcement drawings of drainage, tunnel, floor slab and so on. While for 3D and architectural projects, most of them involved interior design of a condominium, bungalows, spas and resort. Most memorable project I have handle is doing a renovation drawing plan for Bonton Resort at Pantai Chenang, Langkawi. The renovation involved old Malay houses which have been transferred from Perak, Kedah, Johor and Terengganu to Langkawi. For me, by preserving an old element of the building is an enjoyable and challenging work for the designer. Besides, things happen with a reason. So, why do we have to demolish the astonishing existed element of the building?

my rendering project using 3D Max

The year of 2007 was a tremendous point in my life as a student as I had an opportunity to visit Cairo, Egypt for my references studies under the Heritage Studies coursework. There, my course mates and I successfully did a measured drawing of 600 years old mosque, Alt-Tinbugha Al-Maridani Cairo with cooperation from RTM, one of Malaysia’s broad casting television. Words alone cannot describe how amaze I am with their preserved heritages. The mosques, houses and walk able area are all very awesome which captured my attention. I can conclude that, their strongest identities of architecture features are the calligraphies, space orientation, carving features and construction’s materials. Masjid Alt-Tinbugha Al-Maridani which was built in 1340 was highly shaped by Mamluk style with recessed crowned and stalactites including double arches window gives me countless inspiration of what architecture could be to create such an impressive lifestyle.



Highly cosmopolitan and diverse population which includes Chinese, Malays, Indians, Eurasians, Caucasians and Asians from different origins makes me wonder about the architecture in Singapore. Did their buildings really based on modern concept with the combinations of their multiracial populace? Surprisingly, being there, I can see they still manage to conserve the buildings and areas of historic value like Fullerton Hotel and Bugis Street which have turned into something useful and attracting to the visitors. It’s really inspiring me that the combination of old and new can create something beneficial towards the generations and environment. But still, Malaysia is not lacking in preserving the historical building and area. For example, a fascinating combination of the East and West, Penang embraces modernity while retaining its traditions and old world charm. These are reflected in its harmonious multiracial populace and well-preserved heritage buildings which led to George Town being rewarded as one of UNESCO World Cultural Heritage Site recently. During my studies, I have been to Kapitan Keling Masjid, George Town which is the first superintendent of the mosque in Penang, as for my site visit, and I just realize that we still have a place that remains its historical elements and values. The original mosque structure was a single-storey rectangular building with a sloping roof on all sides and surrounded by a stone bench. It was surrounded by shop houses, with access through a narrow gateway. I strongly suggest for Malaysian who want to know deeply about our country historical area to visit Penang especially Campbell Street Market, Little India, Khoo Kongsi Temple and lots more. It’s really amazing how the buildings are still well-preserved in this modern era with the fully tiles walkway to create a walk able area from Campbell Street Market to Buckingham Road.


I deem tradition and modern could merge very well in order to create a harmonious environment for our generations. Being respected by the world because of our modern-heritage architecture really is my biggest dream as someone who has basis in architectural studies. We have our very own architecture identity like Malay traditional houses and carving decorations which we should be proud of. If the foreigners fall in love with our heritage, why must us as a designer trying hard to imitate other country’s identity and implementing it in the design as if it is a brand new concept? Our heritage is beautiful as it is and we just need to blend it with the new environment and that is our challenge."

Monday, November 1

wanita,diet & ...

wanita ni cukup sinonim dengan perkataan diet kan??kenapa ek??laki pon,ramai ja yang suka diet..tgk ja la kat tempat keja aku..ada sorang encik ni,dulu sgt berisi,skrg kurus gila..sampai seluar slack dia pon tak sempat nak beli baru kot..aku tgk,dia pakai seluar macam dalam katun LAT THE KAMPUNG BOY dah..seluar tarik ke paras dada,pastu kembang ja kat bontot tuh..huduh plak aku tgk..hahaha..tukar baru la encik abang oii..kata gaji beribu kan...sayangla kan klu dah kurus tapi penampilan tak jaga..


nway,korang penah baca tak blog REALITI KONSPIRASI by ZACK ZUKHAIRI??itu mmg penulis blog feveret aku..banyak gak story dalam tu yang leh kita baca untuk gelak guling2..klu nak try baca,g kat http://zackzukhairi.blogspot.com..so,adala satu entry dia yang dah menarik minat aku pasal wanita,diet & islam..dia cakap:

"pelik jugak kaum wanita ni.diorang berusaha untuk nampak cantik di hadapan suami,sampai telan pil itu,telan pil ini,cerut pinggang dengan alat senaman ntah hapemende ntah.diet sampai kena tahan wad.aduhai..apa kes?"

itu pendapat kaum lelaki..duhai cik zack zukhairi & kaum lelaki yang lain..tahukah anda bahawa wanita ni,klu dia dah betoi2 sayang kat seseorang tu,dia sanggup buat apa saja..klu tak,takkan si isteri sanggup mengandung & melahirkan zuriat untuk si suaminya kan??ingat tak saket ka??ingat senang ka nak kuarkan anak dari perut dia tuh??jenuh gak kot..sampai berpeluh2 & meraung2 gak aku tgk..pendek crita,aku yang tak kawen lagi ni,klu dengar crita puan mak-mak ni pasal pengalaman melahirkan anak,memang takot gila nak kawen..so,kalau takat nak diet,telan ubat sana sini,sedut lemak sana sini,apa sangat la kan??semuanya cam cik zack tu ckpla,sebab nak nampak cantik depan suami @ tunang @ pakwe @ orang yang dorang suka dan sebagainya..

tapi,buat kaum perempuan plak,ada betoinya apa cik zack tu ckp..buat apala nak susah2 berdiet sampai kena masuk wad segala..diet tu bleh tapi jangan sampai melampaui batas kesihatan & nyawa kita..contohnya kes sebelum ni..sorang isteri,sanggup gi buat rawatan sedut lemak untuk nampak ramping..omputih ckp blue hyppo..hahaha...bukanlah..liposuction..semata-mata nak bagi diri sentiasa nampak gojes..kan sedey camtu..


ada jugak yang buat rawatan ni untuk kesihatan..sbb dah terlebih berat..omputih ckp,overweight..ommelayu ckp gemok cam badak..contohnya cam pelakon syanie tuh..dah kuruskan dia sekarang???


kat sini,aku taknak la bagi panduan camna nak kurus dan sebagainya.itu korang kena google sendirik..cuma aku just nak sembang2 psl wanita,diet & dot..dot..dot.. ni..kenapa wanita berdiet??apa yang dorang sanggup buat untuk nampak kurus,etc???contoh paling rapat aku tgk,kakak opis aku..sampai sanggup berabis 2-3 ribu untuk beli produk2 diet..just name it..semua dia telan..tapi gemok camtu gak aku tgk..hehehe..idokla aku ni kurus menyelim sgt..aku ni pon tgh menyebokkan diri berdiet..tapi idok ler sampai berabis beribu-riban nih..just jaga makan & senam byk2..17kg gak aku trun kot~keh3...

nway,dari aku perabeskan duet untuk produk2 diet nih,baekla aku perabiskan kat multivitamin ka,omega-3 ka,vitamin b-complex ka,etc...itu lagi bagus kan??kesihatan insyaAllah terjamin..sementara masih muda ni la,kita kena makan vitamin2 ni..biar sihat jantungnya,mulus,licin & gebu kulitnya,stamina mantop,etc..so,apa lagi korang..gi serbu farmasi2 yang berdekatan sekarang~dapatkan produk2 kesihatan yang terkini..keh3...takpon,g check risalah2 produk dari AMWAY..terbaeklah~

antara produk kesihatan yang aku makan...salmon omega-3 dari AMWAY..

tetiba terasa diri ini seperti pharmacist la plak..hehehe..tapi betoi aku ckp..dari korang memperabihkan duet2 korang kat ubat2 diet tuh,tryla plak produk2 camni..klu dah selera tu cam gajah,makan produk diet apa pun,takkan jalan gak..hehehe..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
adik aku cakap,kalau nak kurus,apa yang penting skali bukan ubat yang kita makan..bukan jugak makanan yang kita makan..tapi semuanya bergantung dekat tahap keinginan kita nak kurus..omputih ckp DETERMINATION..haa,itu yang penting..ini lebih kepada psychology la..bila kita dah azam nak sesuatu,mesti kita berusaha nak capai target tuh..bila pikir2 balek,betoi apa yang adek aku tu ckp..

"klu takat ada niat nak kurus,tapi dok asek melantak nasik 2-3 pinggan,tak guna jugak.."

"ko makan la ubat diet macam2,tapi klu ko melantak nasik tahap tak hengat dunia,tak guna jugak klu azam tu takda.." 

maklumla..makanan ruji kita,NASI ni,sangat menyelerakan ok~sapa yang bleh tahan kan??tapi pada sesiapa yang nak berdiet tuh,jauhilah nasi..inilah musuh utama kita yang nak berdiet nih..hehehe..laenla klu korang memang leh kontrol selera makan tu..bukan apa,mmg la orang ckp:

"ko nak diet,kena gak amek nasik..sesenduk sudahla..tak yah byk2.."

tapi,mampu ker korang nak makan tahap sesenduk nasi ja??hello~aku tak mampu ok..dari amek sket2 camtu,baek takyah amek trus..buat saket hati ja bila benda sedap ni kita mkn sket2..hehehe..so,nasihat aku kepada kaum wanita yang nak berdiet & nak menguruskan badan:

satu::jangan amek produk diet
dua::jangan gatal-gatal nak pegi sedut lemak..dosa tau..
tiga::jangan malas nak gi senam..nasihat utk diri sendiri nih..:)
empat::jangan mkn nasi banyak2 sangat..
lima::jangan lupa minum air mineral 2 liter sehari..

so,selamat berdiet..sesungguhnya,wanita itu memang tidak dapat dipisahkan dengan diet~wanita nak diet untuk kurus.. wanita nak kurus untuk nampak cantik... wanita nak nampak cantik untuk apa atau siapa?bak kata nabil raja lawak.LU PIKIRLAH SENDIRI...:)


Related Posts with Thumbnails

::smile:::